Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR...

Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR...
link : Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR...

Baca juga


Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR...

Dalam hati siapalah yang tahu.Dengar cerita memang ramai kalangan pimpinan PKR yang ‘ tidak sedap badan’ setelah diceraikan oleh PAS.

Antara faktor terbesar realitinya mereka cukup sedar selama ini dalam pilihanraya umum,pilihanraya kecil dan program parti itu banyak bergantung harap pada jentera PAS.

Atas sebab itu agak menarik untuk teropong pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR 2017 yang berlangsung di Shah Alam pagi Ahad.

Ia nyata agak berbeza dengan suasana perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR pada Jumaat malam yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu sekalipun tidak sebut nama PAS secara spesifik telah bikin panas dengan memberi amaran jangan mana-mana pihak gugat kestabilan kerajaan Pakatan Selangor.

Malah katanya jangan ‘ hold us to ransom’ atau ugut  dan PKR akan lawan.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebaliknya seolah nak ‘ tunjuk cool’.

Pada ucapan dasarnya beliau bukan saja sepatah pun tidak sebut nama PAS tetapi juga tidak sentuh langsung isu putusnya kerjasama politik PAS-PKR.

Ahli Palimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang itu hanya kata PKR bertekad berjuang bersama-sama dengan HARAPAN yang terdiri daripada KEADILAN, DAP, Amanah dan PPBM.

Isu berkenaan nampaknya diserahkan kepada suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara lima tahun kerana bersalah meliwat.

Pada amanat dari penjara yang dibacakan oleh anaknya Nurul Izzah yang dibacakan di perasmian kongres itu Anwar juga cuba gambarkan PKR tidak gabra dengan isu PAS.

Beliau antara lain mempertikaikan kenyataan PAS beri alasan bercerai kerana dakwa PKR tidak menyokong usul persendirian Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu RUU355.

Dakwannya kenyataan PAS menyelar pendirian PKR adalah mengelirukan.

“ Sandiwara menarik berulang, PAS menyerang KEADILAN kerana kononnya menentang RUU 355,”katanya.

Sambil mengungkit bagaimana akrabnya hubungan PKR-PAS dulu keputusan PAS terkini mengejutkan dan menghampakan ramai.

“Namun demikian pilihan mereka untuk beralih dari ketetapan lama dan menuju ke aras baru yang tidak ingin kami duga,”katanya.

Dalam usaha untuk ‘ tunjuk cool’ seperti isterinya,Anwar kata PKR tidak perlu terus berhempas pulas dengan isu tersebut dan sebaliknya tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini.


Demikianlah Artikel Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR...

Sekianlah artikel Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sandiwara Anwar-Wan Azizah ‘tunjuk cool’ PAS cerai PKR... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sandiwara-anwar-wan-azizah-tunjuk-cool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :