Saranan Beli Saham DRB-HICOM

Saranan Beli Saham DRB-HICOM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saranan Beli Saham DRB-HICOM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saranan Beli Saham DRB-HICOM
link : Saranan Beli Saham DRB-HICOM

Baca juga


Saranan Beli Saham DRB-HICOM


KUALA LUMPUR: Tiga syarikat penyelidikan mengekalkan saranan 'beli' bagi saham DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) dengan harga sasaran hingga RM2.67 sesaham.

RHB Research (RHB) dalam kenyataan berasingan menyemak semula harga sasarannya dengan menurunkannya kepada RM2.67 daripada RM2.77 sebelumnya, Hong Leong Investment Bank Research (HLIB) mengekalkannya pada RM2.58, manakala Kenanga Investment Bank Research (Kenanga) menaikkannya kepada RM1.75 daripada RM1.65.

RHB berkata pemeteraian Perjanjian Induk baru-baru ini antara DRB dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk menjual 49.9 peratus pegangan Proton Holdings Bhd (PROTON) menjadikan jangkaan pasaran terarah kepada penyelesaian proses jualan itu dan pelaksanaan pelan pemulihan.

"Kami percaya perkongsian dengan Geely akan menyediakan peluang sebenar kepada PROTON untuk mengembalikan kegemilangannya," kata firma penyelidikan itu. RHB menambah, risiko utama yang sudah diambil kiranya bagi saranan itu dan harga sasaran termasuklah tidak dapat mencapai perjanjian muktamad dengan Geely, sentimen pengguna yang semakin buruk dan pertumbuhan ekonomi lebih lemah daripada dijangkakan.

HLIB pula berkata prestasi DRB-HICOM dipengaruhi terutamanya oleh kerugian PROTON termasuk Lotus, sambil menambah, sekiranya PROTON dikecualikan, DRB akan mencatatkan keuntungan RM455.5 juta dalam tahun kewangan 2016 dan RM533.2 juta dalam tahun kewangan 2017.

"Kami percaya risiko perjanjian ditamatkan adalah minimum, memandangkan kesungguhan semua pemegang kepentingan dalam memastikan kelangsungan hidup PROTON.

"Dengan Geely menjadi pemegang saham asing strategik PROTON, kami boleh menjangka ia menjadi pemangkin penarafan semula penilaian DRB-HICOM," kata HLIB.

Sementara itu, Kenanga sangsi dengan keupayaan Geely membantu PROTON daripada perspektif teknikal dan pemasaran serta menembusi pasaran baharu.

"Ini kerana Geely adalah jenama yang agak lemah daripada perspektif global dan hanya menguasai kurang daripada lima peratus bahagian pasaran global.

"Proton masih perlu berdepan dengan persaingan sengit dan persepsi jenama lemah.

"Prospek bagi DRB-HICOM kekal mencabar, memandangkan persekitaran operasi sukar jualan kenderaan motor rendah dalam keadaan persaingan sengit," kata Kenanga. Pada 11.30 pagi, saham DRB naik empat sen kepada RM1.58 dengan 9.73 juta saham diniagakan. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Saranan Beli Saham DRB-HICOM

Sekianlah artikel Saranan Beli Saham DRB-HICOM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saranan Beli Saham DRB-HICOM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/saranan-beli-saham-drb-hicom.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :