link : Sebab Utama Ibu Berpantang Tidak Dibenarkan Keluar Rumah. Sila Ambil Perhatian..
Sebab Utama Ibu Berpantang Tidak Dibenarkan Keluar Rumah. Sila Ambil Perhatian..
Sejak sekian lama, ibu berpantang tidak dibenarkan keluar rumah. Namun, para ibu moden masa kini mula berani melanggar pantang yang satu ini. Alasan bosan seharian duduk tanpa berbuat apa-apa di rumah itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Ia tidak sepatutnya dijadikan helah untuk membolehkan diri keluar bersiar-siar dalam tempoh berpantang. Orang tua-tua dahulu tidak membenarkan ibu berpantang keluar rumah ada sebabnya. Walaupun berfikiran moden, anda perlu memandang positif di sebalik halangan yang dikenakan itu.
Asas kepada halangan berkenaan ialah ibu berpantang sedang dalam proses pemulihan selepas selamat melahirkan bayi. Tambahan pula fizikal dan dalaman ibu berpantang 'tidak bersih' dan 'kotor'. Faktor kebersihan inilah sering menarik perhatian unsur-unsur negatif dan makhluk halus. Sama juga halnya dengan bayi yang dibawa keluar bersama-sama anda. Selain khuatir dengan gangguan anasir jahat, penyakit mudah berjangkit kepadanya. Bukan sahaja kepada bayi, malah ibu berpantang turut boleh menghadapi risiko yang sama. Mungkin ada di kalangan anda yang beranggapan, keluar pada waktu siang hari tidak akan sesekali menimbulkan masalah gangguan jin dan syaitan. Tanggapan tersebut salah sama sekali. Makhluk ini wujud di mana-mana sahaja dan ada pada setiap masa, tidak kira masa sama ada siang ataupun malam.
Oleh yang demikian, sebaik-baiknya, manfaatkan tempoh berpantang ini dengan mengikuti rutin yang telah disusun dan ditetapkan. Inilah masa yang terbaik untuk anda mengembalikan semula tenaga yang hilang semasa dalam proses melahirkan dan kembali tampil sihat, segar dan menawan selepas 40 minggu mengandungkan bayi. Ingatlah tempoh 44 hari berpantang itu tidak mencukupi untuk 'membayar' semula apa yang anda korbankan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berpantanglah dengan sempurna.
Kelonggaran masih ada
Biarpun begitu halangan buat ibu berpantang dan anak baru lahir daripada keluar ketika masih berpantang, masih ada kelonggaran diberikan. Misalnya jika perlu berhadapan dengan situasi-situasi tertentu seperti perlu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan seumpama dengannya. Tambahan pula jika tiada sesiapa misalnya, ibu, ibu mertua mahupun ahli keluarga yang menemani anda ketika berpantang. Mungkin pada hari kejadian, suami sudah kembali memulakan kerja setelah beberapa lama bercuti menguruskan hal kelahiran anda dan anak. Sekiranya terpaksa, maka anda dibenarkan untuk keluar menguruskan hal-hal penting berkenaan.
Namun yang demikian, rutin berpantang yang patut diikuti jangan ditinggalkan sama sekali. Anda masih perlu memakai bengkung, menyapu minyak panas, menyarungkan stoking dan memakai pakaian yang berupaya membolehkan anda kekal panas. Langkah-langkah ini penting kerana anda harus menitikberatkan soal kesihatan diri agar tidak mudah dimasuki angin dan diserang penyakit. Bagi bayi pula, siapkan dia sebaik-baiknya dengan memakai barut, berpakaian lengkap yang bersesuaian, disapu minyak bayi di bahagian-bahagian tubuh tertentu dan menutup bahagian kepala dengan dipakai topi bayi.
Biarpun dibolehkan keluar, jangan pula ambil kesempatan untuk membeli-belah, bersiar-siar dan lain-lain. Hanya gunakan peluang yang ada untuk menguruskan hal-hal penting yang melibatkan diri ibu dan bayi. Semasa mahu melangkah keluar rumah, berniat supaya diri anda dan anak dilindungiNya. Dalam perjalanan pula, jangan lupa berterusan berzikir minta perlindungan daripada benda-benda yang tidak elok dan tidak diingini.-Pen Merah Press.
Kredit: Pa & Ma
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Sebab Utama Ibu Berpantang Tidak Dibenarkan Keluar Rumah. Sila Ambil Perhatian..
Sekianlah artikel Sebab Utama Ibu Berpantang Tidak Dibenarkan Keluar Rumah. Sila Ambil Perhatian.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebab Utama Ibu Berpantang Tidak Dibenarkan Keluar Rumah. Sila Ambil Perhatian.. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sebab-utama-ibu-berpantang-tidak.html