Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu….

Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu…. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu…., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu….
link : Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu….

Baca juga


Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu….

Kini Viral Kisah Kartunis Ujang Di Pecat 24 Jam.

Kartunis Legend Ujang Dikhianati Lagi, Kali Ini dengan Majalah Upin & Ipin

Sudah jadi lumrah manusia sekarang, habis madu sepah dibuang. Begitulah nasib kartunis Ujang atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Anon yang merupakan antara kartunis berpengaruh suatu ketika dahulu. Beliau adalah antara orang bertanggungjawab dalam menerbitkan Majalah Ujang serta menghasilkan animasi “Usop Sontorian” yang menjadi perintis kepada animasi yang ada sekarang.

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali LagiDengar kata dahulu beliau dikhianati oleh rakan perniagaannya sendiri semasa menerbitkan Majalah Ujang sehinggakan semua watak kartun yang digunakan didalam Majalah Ujang tidak boleh digunakan lagi oleh beliau. Dan kali ini berita terbaru kami dapat yang beliau juga dikhianati oleh penerbit animasi terkenal negara iaitu Upin dan Ipin dalam penerbitan Majalan Upin dan Ipin.

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Menurut catatan yang dikongsikan di laman facebook Ujang sendiri. (Baca ceritanya disini) Beliau sebenarnya ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan Majalah Upin Dan Ipin pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut.

Sungguhpun Ujang meletakkan syarat iaitu gaji sebanyak RM15,000. Tapi pihak syarikat tersebut tidak mampu untuk menawarkan gaji tersebut kepada Ujang memandangkan syarikat mereka masih baru lagi. Apa yang mereka dapat tawarkan kepada beliau hanyalah RM2,000 sebulan. Ujang yang memahami keadaan syarikat ini, menerima keputusan tersebut. Disana beliau dilantik menjadi penasihat dan melakukan kerja-kerja awal bagi membolehkan syarikat ini menerbit majalah kartun mereka sendiri. Antara kerjanya seperti menyediakan konsep, cara memohon permit daripada KDN, memberikan cadangan nama-nama pengedar yang boleh digunakan, cara untuk mengendalikan pencetakan majalah, menyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Hampir kata, kesemua ilmu yang diperoleh semasa beliau menerbitkan Majalah Ujang dahulu, digunakan sepenuhnya untuk menerbitkan Majalah Upin dan Ipin ini.

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Tapi langit tak selalunya cerah, awan tak selalunya mendung. Syarikat yang sudahpun mampu berdiri dengan sendiri ini merasakan khidmat Ujang tidak diperlukan lagi. Akhirnya selama 6 tahun beliau bekerja, syarikat yang menerbit Majalah Upin dan Ipin ini memberhentikan Ujang 24 jam tanpa sebarang alasan yang munasabah. Disebabkan kesempitan yang beliau alami sekarang, beliau cuba merayu dengan syarikat ini untuk mempertimbangkan kembali pengambilannya semula dalam syarikat itu tetapi tidak diendahkannya. Mungkin mereka merasakan yang mereka boleh menjalankan syarikat tersebut tanpa khidmat nasihat dari Ujang. Berikut serba sedikit apa yang dicoretkan daripada Facebook beliau:

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

Kami bersimpati dengan apa yang Ujang alami. Apa yang berlaku kepada beliau sebelum ini terjadi lagi. Walau apapun kami harap ujang dapat bersabar, biasalah sesetengah manusia ni kalau dah maju, memang dilupakan jasa yang kita pernah taburkan. Mungkin rezeki beliau bukan disitu, Allah S.W.T itu tahu perjalanan hambanya. Insyallah ada yang lebih baik daripada itu kelak. – Sumber FB budakminang (Ibrahim Ujang Anon).

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi

P/S: Kalau tak silap Majalah Komik Upin & Ipin ni diterbitkan oleh sebuah syarikat yang lain bukannya Les’ Copaque. Syarikat ni diberi lesen daripada Les’ Copaque Production untuk terbitkan Majalah Komik Upin & Ipin .Mungkin Les Copaque tak tahu pasal ni. Tak pasal-pasal menjatuhkan imej Upin & Ipin tu sendiri.

TERKINI Jawapan daripada Pihak Penerbit Upin & Ipin (7 Mei 2017) mengenai isu pemecatan Ibrahim Anon a.k.a Ujang. Klik disini untuk lihat artikel tersebut.

Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi, Kali Ini Dengan Majalah Upin & Ipin Pula
Sekiranya hari itu, berita tentang pemecatan kartunis tersohor, Ujang telah jadi bualan netizen di laman-laman media sosial.

Berdasarkan kepada perkongsian Ujang di laman Facebooknya sebelum ini, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon telah diberhentikan kerja dengan notis 24 jam tanpa sebarang sebab mengapa beliau diberhentikan telah diberikan oleh majikan beliau, Nyla Sdn Bhd.

Terbaru, Ujang telah memuatnaik sekeping gambar yang berupa screencap yang memaparkan mesej yang diterima beliau daripada bekas majikannya itu yang memberitahu punca mengapa beliau diberhentikan serta-merta.

Jawapan dari Nyla Sdn Bhd membuktikan saya di pecat atas arahan pemegang lesen iaitu Les Copaque. Patutlah isu terbaru bulan ini ada 4 nama baru menggantikan saya sebagai penasihat komik .Tahniah ~ satu pencapaian cemerlang dalam dunia penerbitan.

Berdasarkan daripada apa yang ditulis oleh Ujang ini, bekas majikan beliau telah mempunyai 4 orang nama baru yang bakal menggantikan jawatannya sebelum ini sebagai Penasihat Komik.

Seperti perkongsian Ujang sebelum ini juga, perkongsian beliau yang terbaru ini juga telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyifatkan bekas majikan beliau telah melayani Ujang ibarat sehelai kain buruk.

Berapa jumlah cek terakhir itu?
Bila ditanya oleh salah seorang netizen mengenai berapa jumlah cek terakhir yang diterimanya, jawab Ujang:

Solidariti
Salah seorang netizen yang bersimpati dengan nasib Ujang telah mencadangkan supaya orang ramai menyumbang dana bagi menubuhkan sebuah koperasi untuk Ujang terus berkarya.

Silap kau juga Jang!
Salah seorang netizen turut menyalahkan Ujang kerana telah mencurahkan ke semua ilmu dan pengalaman beliau kepada bekas majikannya.

Boleh bagi no akaun tak?
Memandangkan Ramadhan pun bakal menjelang, tidak kurang yang bersimpati mahu mengutip dana bagi mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh Ujang ini.

Walau bagaimana pun kesudahan episod ini nanti, kami sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk abang Ujang tersayang. Semoga abang terus maju dan menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar dan teladan.

—————————————————————————————————————————————-

Berang sebab pecat Ujang 24 jam, netizen serang syarikat Upin Ipin di Facebook

Semenjak berita pemecatan Ibrahim Anom atau lebih dikenali sebagai Ujang jadi tular di laman Facebook baru-baru ini, laman page rasmi syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan siri animasi Upin & Ipin telah  diserang bertubi-tubi oleh para peminat kartunis Ujang yang berang dengan keputusan syarikat itu yang memberhentikan kartunis lagenda itu dalam tempoh 24 jam.

Meskipun bekas majikan Ujang yang sebenarnya adalah Nyla Sdn Bhd yang merupakan pihak ketiga yang diberikan lesen oleh syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd untuk menyiarkan komik Upin & Ipin, namun masih terdapat ramai peminat yang memilih untuk menyasarkan kemarahan mereka pada syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dengan meninggalkan komen-komen yang menyelar tindakan syarikat tersebut yang dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab.

Pemeriksaan kami pada laman page Facebook rasmi Upin & Ipin ini telah mendapati komen-komen seperti boikot Upin & Ipin dan memanggil syarikat tersebut supaya tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan mengenai isu ini telah ditinggalkan oleh para peminat Ujang pada setiap posting di page tersebut.

Manakala, pemeriksaan kami pada laman page Facebook rasmi, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. turut mendapati perkara yang serupa dialami di laman page tersebut.

Memandangkan isu ini sudah berlarutan sehingga ketahap ini, kami berharap pihak pengurusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dapat tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

—————————————————————————————————————————————-

Jawapan Dari Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di ‘wall’ Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan dia begitu terikat dengan Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. Kerenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Dari mesej tersebut pihak Nyla Sdn Bhd seperti tidak mampu berbuat apa-apa. Boleh dikatakan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidungnya”. Dalam masa yang sama, Ujang juga mengatakan ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa ada nama-nama baru yang bakal menggantikan jawatan beliau sebagai Penasihat Komik dalam syarikat tersebut. Walaubagaimanapun dengan nada sedih Ujang memberitahu dia telah menghalalkan serta memaafkan apa yang berlaku kepada beliau. Dan dia berharap perbuatan seperti itu, tidak diulangi oleh syarikat ini pada masa akan datang.

Bagi kami apa yang dilakukan oleh syarikat ini kepada Ujang memang sememangnya tidak patut. Dari syarikat ini tidak tahu apa-apa hinggalah Ujang masuk dan melakukan perubahan kepada syarikat ini sehingga berjaya menerbitkan majalah komiknya sendiri sepatutnya beliau diberikan penghormatan. Orang cakap kalau “Kita Susah Sama-Sama, Kita Naik Pun Sama-Sama”. Walau apapun kami harap Ujang dapat bersabar dengan ujian tersebut. Mungkin rezekinya bukan disini, mungkin ditempat lain. Apa-apapun kami harap Ujang akan terus berkarya.

Sumber : sembangkencang.org

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu….

Sekianlah artikel Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sedih Melihat Korupsi Yang Berlaku Sesama Bangsa Di dalam Malaysia. Kini pula sudah ada yang berani menjatuhkan nama kartunis besar di Malaysia iaitu Ujang Tidak Sampai 24jam dipecat kini sudah ada jawapan, alasan atau bukti pemecatan kartunis itu. Adakah ini satu rekaan atau rancangan untuk menaikan populariti pihak tertentu…. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sedih-melihat-korupsi-yang-berlaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :