link : Sejarah Lamborghini: Pernah Dihina Ferarri, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri
Sejarah Lamborghini: Pernah Dihina Ferarri, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri
Jenama Lamborghini dan Ferrari sememangnya menjadi idaman semua lelaki di dunia ini, malah pemilik kedua-dua jenama ini dikatakan mampu menjadi tarikan wanita di dalam sekelip mata.
Tetapi tahukan anda bahawa kedua-dua jenama kenderaan supercar yang berasal daripada Itali ini sebenarnya ada kaitan di dalam sejarah awal mereka?
Selepas WW2, pengasas syarikat Lamborghini, Ferruccio Lamborghini membangunkan traktor yang dihasilkan daripada barang-barang buangan senjata yang digunakan semasa peperangan. Traktor ini dikenali sebagai Lamborghini Trattori.
Selepas menghasilkan traktor, Lamborghini kemudiannya mengembangkan perniagaannya ke sektor lain seperti pembuatan penghawa dingin dan pemanas untuk kegunaan rumah.
Setelah beliau menjadi seorang jutawan, beliau kemudiannya membeli Ferrari 250 GT untuk memenuhi hobi beliau yang memang menggemarkan kereta-kereta berkuasa tinggi ini. Namun, setelah memiliki Ferrarinya, beliau berasa kecewa dengan kereta tersebut terutamanya pada bahagian klac dan beliau kemudiannya mengadukan perkara ini terus kepada pengasas Ferrari, Enzo Ferrari.
Setelah bertemu dengan Enzo, beliau kemudiannya telah dimalukan dengan idolanya itu dengan menyuruhnya memfokuskan kepada perniagaan traktor beliau. Selain itu, Enzo turut menghina beliau dengan berkata;
“Masalah sebenar bukan pada kereta, tapi pada pemandunya!”
Kecewa kerana dimalukan sedemikian rupa, Lamborghini kemudiannya telah bernekad untuk menghasilkan supercar jenamanya sendiri yang dikenali sebagai Lamborghini 350GT. Ia diperkenalkan kepada umum pada bulan Mac 1964 di Geneva Auto Show.
Demikianlah Artikel Sejarah Lamborghini: Pernah Dihina Ferarri, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri
Anda sekarang membaca artikel Sejarah Lamborghini: Pernah Dihina Ferarri, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sejarah-lamborghini-pernah-dihina.html