Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru

Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru
link : Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru

Baca juga


Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru


Satu kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang Ustazah apabila dia menerima hadiah sempena hari guru dari salah seorang muridnya. Satu hadiah yang jarang dibuat oleh murid-murid lain. Kisah ini agak sedih apabila seorang kanak-kanak perempuan sanggup menyimpan duit semata-mata untuk menghadiahkan kepada guru yang mendidiknya selama ini.

Oleh: Ustazah Jamaliah Amirul

Sekadar berkongsi suka duka hari guru hari ini, 16 Mei 2017. Al kisah hari ini.

Waktu rehat, saya pergi ke kantin sekolah. Tiba di kantin sekolah, saya ditegur oleh seorang makcik kantin.

"Ustazah ini yang nama Jamaliah, kan?" soalnya.

"Ye saya makcik," dalam hati terasa pelik tiba-tiba disoal begitu. Mungkin sebab saya guru baru di situ, sebab itu dia bertanya agaknya.

"Tadi ada budak tertinggal kertas yang bungkuskan duit syiling. Tetapi atas itu ditulis, 'untuk Ustazah Jamaliah, sedap nama'," katanya.

Pada mulanya saya ingat makcik ini puji nama saya sedap, sebab saya masih belum faham lagi situasi dan ceritanya.

"Tetapi makcik dah bagi pada seorang ustazah yang lain tadi," sambungnya lagi.

Saya pun kata, "Okay makcik, terima kasih" dan terus pergi ke meja untuk duduk makan bersama guru-guru yang lain.

Bila sampai di meja, seorang ustazah bagi saya kertas yang berisi syiling yang dimaksudkan oleh makcik kantin tadi. Bila dah tengok, barulah saya faham apa yang makcik kantin maklumkan tadi.

"Ini Huda punya ke?" soal saya padanya.

Huda sekadar menganggukkan kepala.

"Huda nak bagi pada ustazah ke?" soal saya lagi.

Huda mengangguk kepala.

"Duit syiling ini duit Huda, kan? Huda nak bagi pada ustazah ke macam mana?" saya inginkan kepastian.

"Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah," katanya.

Tiba-tiba mata masuk habuk.

"Ya Allah, ustazah tak minta hadiah pun, Huda. Sini, ustazah peluk awak. Kenapa awak bagi duit tabung awak?"

"Saya tak ada duit banyak. Saya tak tahu nak beli hadiah apa pada ustazah," katanya.

Ya Allah, dah 10 tahun mengajar, ini kali pertama saya amat tersentuh dengan hadiah hari guru sebegini. Semoga murid ini membesar menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah Allah, anak yang sangat solehah kepada ibu bapanya. Amin.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru

Sekianlah artikel Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selama 10 Tahun Menjadi Guru, Ini Kali Pertama Saya Tersentuh Terima Hadiah Sempena Hari Guru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/selama-10-tahun-menjadi-guru-ini-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :