link : Selepas 7 Tahun, Sistar Umum Bakal Bubar
Selepas 7 Tahun, Sistar Umum Bakal Bubar
Selepas tujuh tahun bersama, kumpulan popular, Sistar akhirnya mengumumkan mereka akan berpecah secara rasmi selepas melancarkan album terakhir pada 31 Mei ini.
Pengumuman tersebut sekaligus mengejutkan banyak pihak kerana kumpulan yang dianggotai empat wanita cantik lagi seksi, Hyorin, Dasom, Soyu dan Bora selama ini menjadi kegilaan ramai peminat.
Pada 23 Mei lalu, label pengurusan Starship Entertainment menerusi satu kenyataan mengesahkan berita tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas setiap anggota kumpulan yang popular dengan lagu I Like That ini menyatakan hasrat untuk bergerak secara solo.
Pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menghargai dan menyayangi SISTAR selama 7 tahun sejak mereka memulakan kerjaya. SISTAR secara rasmi akan bubar selepas 7 tahun mereka sebagai kumpulan dengan album terakhir mereka pada 31 Mei. Selepas satu perbincangan yang panjang bersama SISTAR, akhirnya kita telah bersetuju memutuskan SISTAR bubar.
Pembubaran SISTAR adalah satu perkara yang sangat mengecewakan dan menyakitkan, tetapi kami percaya bahawa ia adalah yang terbaik untuk menyokong impian dan hasrat setiap anggota. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong mereka pada masa hadapan.
SISTAR dan label sangat terima kasih kepada semua sekali lagi di atas sokongan yang besar yang telah kami terima selama ini. Dharapkan anda semua terus menyokong anggota-anggota SISTAR yang akan memulakan kehidupan baru mereka. Terima kasih,” kata pengurusan tersebut seperti yang dilaporkan AllKpop.
Sementara itu, Hyorin, Bora, Dasom dan Soyu masing-masing menulis surat khas untuk peminat sejurus selepas berita pembubaran tersebut tersebar.
Keempat-empat mereka mengakui keputusan tersebut adalah satu keputusan yang sangat berat dan menyedihkan. Justeru mereka memohon maaf kepada seluruh peminat dan berterima kasih atas sokongan mereka selama ini. Mereka juga berharap peminat akan terus menyokong mereka pada masa akan datang.
The post Selepas 7 Tahun, Sistar Umum Bakal Bubar appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Selepas 7 Tahun, Sistar Umum Bakal Bubar
Anda sekarang membaca artikel Selepas 7 Tahun, Sistar Umum Bakal Bubar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/selepas-7-tahun-sistar-umum-bakal-bubar.html