Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini

Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini
link : Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini

Baca juga


Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini

SERAMAI sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 59 cedera dalam satu letupan selepas berakhirnya konsert penyanyi Amerika Ariana Grande di Manchester Arena, awal pagi tadi.

Berikut apa yang kita tahu setakat ini.

1. Letupan dilaporkan berlaku di ruang legar bangunan itu pada kira-kira jam 10.30 malam (waktu tempatan), kata Polis Pengangkutan British.

2. Polis Britain mengesahkan 22 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam letupan.

3. Menurut portal The Guardian, mangsa yang mengalami kecederaan dirawat di enam hospital di sekitar Manchester.

4. Kawasan-kawasan di sekitar Manchester Arena telah ditutup untuk siasatan polis dan Victoria Station dijangka akan ditutup sepanjang hari ini.

5. Menurut The Guardian, pihak polis percaya ia adalah serangan bom bunuh diri. Tambah mereka, keutamaan polis adalah untuk mengenal pasti sama ada pelaku bertindak sendirian atau sebahagian daripada rangkaian.

6. Perdana Menteri Theresa May merakam ucapan takziah kepada mangsa letupan. Ia dianggap sebagai serangan pengganas yang amat mengejutkan.


7. Ketua konstabel GMP, Ian Hopkins berkata pasukannya menyiasat insiden sebagai serangan pengganas sehingga mereka mendapat maklumat lanjut.

8. Jika disahkan sebagai serangan pengganas, insiden itu akan menjadi yang paling buruk di UK sejak Julai 2005 di mana 56 orang terbunuh dalam satu serangan bom di London.

9. Semua kempen pilihan raya umum telah ditangguhkan.

10. May akan mempengerusi mesyuarat tergempar bersama jawatankuasa kecemasan kerajaan Cobra pada jam 9 pagi nanti (jam 4 petang waktu Malaysia).

11. Kementerian Luar Negeri sedang memantau situasi dan menasihati warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

12. Kementerian Pengajian Tinggi menggesahkan tiada pelajar Malaysia yang terlibat dalam serangan itu, setakat ini. 

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini

Sekianlah artikel Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan Manchester: Apa yang kita tahu setakat ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/serangan-manchester-apa-yang-kita-tahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :