Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan

Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan
link : Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan

Baca juga


Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan

PENGGIAT seni dinasihatkan supaya lebih pandai menyesuaikan diri ketika menghadiri sesebuah majlis bagi mengelak berlakunya insiden memalukan.

Pengarah Urusan Skop Productions dan pelakon terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai anak seni yang sering terdedah dengan publisiti, seharusnya lebih bijak mengawal tingkah laku.

“Di dalam industri ini, jika kita pernah mencapai kejayaan selama 100 tahun pun, namun hanya dengan satu kesalahan sahaja, orang akan lupa dengan pencapaian kita dan itulah lumrahnya.

“Jadi kita perlu lebih berhati-hati kerana orang akan sentiasa memerhati sikap dan kelakuan kita sama ada baik atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni yang diadakan di Seri Perdana di Putrajaya, terhenti seketika apabila pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over tiba-tiba menampar penerbit, David Teo.

Insiden itu bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Rosyam Nor sebagai moderator majlis tersebut yang tidak memandang ke arahnya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), turut menasihatkan kedua-dua pihak yang terlibat untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Bagi saya, David tidak seharusnya menggunakan platform itu dengan teguran yang agak kasar kepada Rosyam kerana perbuatan seperti itu kurang manis. Beliau sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dengan cara menggunakan teguran yang berhemah.

“Begitu juga dengan Mat Over, memang niatnya untuk memberi pengajaran tapi caranya juga salah malah tindakan itu dilihat lebih buruk daripada David. Pada saya, kedua-duanya buat silap,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengharapkan insiden itu tidak terus dipanjangkan kerana ia hanya menjejaskan imej industri dan penggiat seni sendiri.

“Saya harap masing-masing bermaaf-maafan dan insiden itu telah selesai, jangan dipanjangkan lagi.

“Memang agak terguris sedikit tapi saya harap perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang kerana ia hanya memberi imej yang kurang manis kepada industri, khususnya golongan penggiat seni,” katanya.

The post Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan

Sekianlah artikel Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sesuaikan diri dengan majlis, elak insiden memalukan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sesuaikan-diri-dengan-majlis-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :