Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok
link : Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Baca juga


Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Kajian sama mendapati 85 peratus daripada pelajar lelaki berusia antara 13 sehingga 17 tahun adalah perokok. (Gambar: tribunbali)

Pelbagai kempen tentang bahaya merokok dilaksanakan kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kesihatan sejak sekian lama bagi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak merokok. Antara bahaya ditekankan pihak berkusa dalam kempen itu adalah risiko perokok mendapat penyakit kanser dan sakit jantung disebabkan tabiat merokok.

Kajian yang dilakukan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) ke atas 143 pelajar sekolah baru-baru ini mengesahkan kempen itu berjaya dalam menyampaikan mesej bahaya merokok kepada orang ramai. Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kajian sama mendapati 85 peratus daripada pelajar lelaki berusia antara 13 sehingga 17 tahun adalah perokok walaupun menyedari risiko merokok pada kesihatan mereka.

Keputusan awal menunjukkan 85 peratus daripada mereka tahu merokok menyebabkan kanser serta penyakit jantung. Hampir 70 peratus daripada mereka mula merokok pada usia antara 12 sehingga 15 tahun. Hampir 40 peratus pula membeli rokok di pasar raya atau gerai di tepi jalan dan 20 peratus berkongsi sekotak rokok sesama mereka.

NCSM juga mendapati 60 peratus daripada perokok muda ini mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang merokok.

Presiden dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr Saunthari Somasundaram dalam laporan kajian itu menyatakan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendedahkan terdapat seramai 500,000 kanak-kanak menghisap rokok.

Menurutnya, kesemua golongan terbabit terdiri daripada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah berhadapan risiko fungsi dan pertumbuhan paru-paru berkurangan serta kerosakan jantung.

"Seperti yang terdapat dalam kajian kita, pelajar tahu tentang bahaya merokok, mahu berhenti, tetapi masih melakukannya. Jadi pendidikan sahaja tidak bekerja. Kita memerlukan pelan yang lebih komprehensif untuk menyokong usaha-usaha mereka," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Sekianlah artikel Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/setengah-juta-kanak-kanak-di-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :