Shahir cari kepercayaan peminat

Shahir cari kepercayaan peminat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahir cari kepercayaan peminat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahir cari kepercayaan peminat
link : Shahir cari kepercayaan peminat

Baca juga


Shahir cari kepercayaan peminat

KELIBATNYA dalam industri seni tujuh tahun lalu cukup membuat jejaka ini dikenali.

Bakat besarnya juga diangkat sebagai juara Akademi Fantasia musim kelapan.

Namun baru sahaja mengorak langkah di dalam industri seni, pelbagai cerita kurang enak mula mengikut rapat.

Tidak cukup dengan kisah negatif, kelibat anak kelahiran Kampar, Perak ini pula tenggelam timbul sehingga akhirnya dia gagal dikesan sejak tiga tahun lalu.

Biarpun ceritanya ada di media, namun kelibat Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir tidak dapat dilihat di kaca TV. Hanya lagunya kadang kala berkumandang di radio.

Namun kelmarin, penyanyi berusia 29 tahun ini mengejutkan ramai apabila membuat kemunculan di konsert akhir Gema Gegar Vaganza di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras.

Malah pada petang hari yang sama, Shahir bertemu dengan 30 peminat di sebuah restoran di Gombak.

Pada kesempatan itu Shahir menjelaskan kehilangannya dalam tempoh tiga tahun ini bukan disebabkan rajuknya, lari daripada wartawan atau sakit sebaliknya sedang merancang menceburi bidang perniagaan.

“Jadi, disebabkan perniagaan itu masih baru, saya terpaksa berulang alik ke Perak dan tak dapat beri komitmen kepada bidang nyanyian kerana tak nak susahkan orang lain.

“Maklumlah bidang seni perlukan komitmen yang tinggi dan saya tak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Kiranya sebelum ini saya ambil cuti dan sekarang cuti saya pun dah habis. Saya kira ini masa paling sesuai untuk saya terlibat dalam nyanyian kerana tiada lagi gangguan,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Ditanya tidakkah dia bimbang tempoh ‘bercuti’ itu membuatkan dia kehilangan peminat dan mengikis kepercayaan ramai, Shahir menjawab, “Kalau fans lari, saya tak pasti, tapi mungkin ada.

Shahir tidak menafikan ada yang beranggapan negatif apabila dia dilihat sesekali muncul, seolah-olah tidak serius dalam industri ini.

Jelas Shahir, dia hanya berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan cerita dan berharap mendapat peluang untuk kembali memeriahkan industri seni.

Justeru, kali ini dia merancang untuk merakam single ciptaannya yang sudah lama disimpan selepas raya nanti.

Bagaimanapun perancangan itu juga bergantung kepada perancangan lain yang sudah pun diatur.

“Insya ALLAH, saya akan muncul dengan sebuah program televisyen selepas raya nanti. Tapi saya tak mahu dedahkan apa- apa lagi. Tak mahulah melangkaui tuan rumah.

“Sebab itu saya tak pasti sama ada  muncul dengan single baru dulu atau program TV dulu,” ujarnya.

Kasihankan Erra

Sementara itu, diusik mengenai hubungannya dengan bintang terkenal, Erra Fazira, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan  ini secara gentleman mengakui bersedia untuk membawa hubungan mereka ke satu tahap yang lebih serius.

Bahkan Shahir mengakui simpati dengan Erra apabila terpaksa bersendirian berdepan kontroversi mengenai hubungan mereka.

“Saya sebenarnya agak segan untuk bercakap mengenai hal peribadi. Tapi saya kesian dengan dia sebab terpaksa berdepan dan menjawab mengenai hubungan kami sendiri.

“Tapi nak buat macam mana sebab dia lebih menonjol dalam industri.  Media banyak bertanya dia mengenai hal kami,” katanya yang akan memaklumkan perkembangan hubungan mereka andai tiba masanya.

The post Shahir cari kepercayaan peminat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Shahir cari kepercayaan peminat

Sekianlah artikel Shahir cari kepercayaan peminat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahir cari kepercayaan peminat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/shahir-cari-kepercayaan-peminat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :