link : Siti Nordiana Dituduh Sengaja Lewat
Siti Nordiana Dituduh Sengaja Lewat
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Siti Nordiana mengakui terkejut apabila didakwa sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu Memori Berkasih itu tidak menafikan ada meminta izin pihak produksi mengawalkan giliran persembahannya.
"Sepanjang dua tahun kembali aktif, saya tidak pernah datang lambat ke mana-mana program kerana dilayan seperti seorang askar oleh pengurus saya.
"Dia akan bagi ‘call time’ dua jam awal daripada masa sebenar supaya saya tidak tiba lewat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai gosip yang tersebar itu tetapi mengaku ada minta budi bicara pihak produksi supaya awalkan giliran saya. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.
“Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk menghadiri sebuah acara anugerah yang disiarkan secara langsung pada sebelah malamnya," katanya yang mesra membahasakan diri Nana.
Ahad lalu, ruangan pojok sebuah akhbar mendakwa penyanyi itu buat hal lagi apabila datang lambat ke lokasi penggambaran dan meminta didahulukan temubual.
Tegas Nana, tuduhan tidak berasas itu boleh mengundang persepsi negatif pelbagai pihak terhadap tahap disiplinnya.
"Sudah tentu saya terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya memberi sepenuh komitmen dan sokongan terhadap program-program tempatan.
"Apapun, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kalau ada melakukan kesilapan atau menyusahkan mana-mana pihak,” katanya.-myMetro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Siti Nordiana Dituduh Sengaja Lewat
Sekianlah artikel Siti Nordiana Dituduh Sengaja Lewat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siti Nordiana Dituduh Sengaja Lewat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/siti-nordiana-dituduh-sengaja-lewat.html