Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1

Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1
link : Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1

Baca juga


Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1

KOTA KINABALU – Skuad bola sepak wanita negara beroleh suntikan semangat menghadapi Sukan SEA Ogos depan, selepas membelasah Nepal 4-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS), dekat sini petang tadi.

Bermula dengan garang, skuad negara di bawah bimbingan Mohd Asyraaf Fong Abdullah tidak perlu menunggu lama untuk memperoleh gol pertama apabila pemain tengah, Shereilynn Elly Pius menjaringkan gol seawal minit ke-2.

Tuan rumah kemudian berkelebihan dua gol apabila Nur Athira Mamat menghasilkan gol kedua hasil percubaan dari dalam kotak penalti pada minit ke-43 dan kedudukan 2-0 kekal sehingga waktu rehat.

Skuad negara terus garang pada babak kedua dan Shereilynn sekali lagi melakukan penyudah baik apabila meledak gol ketiga negara, dua minit selepas perlawanan bersambung.

Walaupun ketinggalan tiga gol, skuad Nepal tidak berputus asa untuk mencari jaringan dan akhirnya pada minit ke-79, ketua pasukan mereka, Sajana Rana berjaya merapatkan jurang.

Bagaimanapun, pemain gantian negara, Puteri Noralisa Wilkilson melengkapkan kemenangan Malaysia apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-84 dan tuan rumah berjaya mempertahanan kedudukan itu sehingga pengadil, Suhaizi Shukri meniupkan wisel penamat.

Kemenangan ke atas Nepal itu adalah yang pertama buat Malaysia selepas tewas 0-1 dalam aksi di Nepal, pada Disember lalu, serta seri 1-1 pada perlawanan pertama di Stadium Likas, di sini, pada Isnin lepas. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1

Sekianlah artikel Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Bola Sepak Wanita Negara Belasah Nepal 4-1 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/skuad-bola-sepak-wanita-negara-belasah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :