SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis

SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis
link : SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis

Baca juga


SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga anggota polis kerana meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemandu kenderaan sebanyak RM500.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abdul Aziz Aban berkata seorang koperal dan dua lans koperal berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan pukul 4 petang serta 11 malam tadi ketika sedang bertugas di Balai Polis Seberang Jaya, di sini.

"Berdasarkan siasatan, mereka meminta rasuah daripada seorang pemandu kereta yang melakukan kesalahan memandu kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya tiga anggota polis itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Abdul Aziz berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis

Sekianlah artikel SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Pulau Pinang tahan tiga anggota polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sprm-pulau-pinang-tahan-tiga-anggota.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :