SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka

SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka
link : SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka

Baca juga


SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam di sekitar Melaka, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan seorang lagi dari sebuah ibu pejabat polis daerah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata mereka ditahan dalam serbuan sekitar jam 10 pagi tadi yang dilakukan di beberapa lokasi berasingan sebelum dibawa ke pejabat SPRM di Alai, Melaka.

"Setakat ini saya mengesahkan tangkapan berkenaan dan semua mereka akan direman esok untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Mereka terlibat dengan kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Jalil Abdul Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dilakukan SPRM tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu.

"Saya hanya boleh sahkan, tetapi mereka (suspek) bukan ditangkap tetapi dibawa (SPRM) untuk disoal siasat. "Kes mengenai apa, kena tanya SPRM, saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang ditahan adalah dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan seorang berpangkat Inspektor yang bertugas di Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) serta pegawai Risikan dan Operasi (RO).

Dua orang awam yang ditahan pula masing-masing berperanan sebagai perantara antara polis dan sindiket manakala seorang lagi adalah pengusaha pusat judi haram. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka

Sekianlah artikel SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Tahan 3 Pegawai Polis Melaka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sprm-tahan-3-pegawai-polis-melaka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :