link : Suami Isteri Ditahan Suspek Kes Bunuh Di Kuching
Suami Isteri Ditahan Suspek Kes Bunuh Di Kuching
KUCHING: Sepasang suami isteri merupakan antara suspek yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Abang Abdul Rahim di sini awal pagi semalam.
Difahamkan pasangan terbabit ditahan sekitar jam 6.50 pagi tadi di Jalan Merdang 1 oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Polis juga turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dua unit telefon bimbit milik pasangan itu
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahamd Abang Julai ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan penangkapan pasangan tersebut.
Menurutnya, sehingga kini seramai enam suspek termasuk suspek utama kes berkenaan telah ditahan bagi menjalani siasatan lanjut
“Kesemua suspek yang terdiri daripada dua wanita dan empat lelaki masing-masing berusia dalam lingkungan 22 hingga 39 tahun,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi semalam, seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai Shamsul Hipni, 41 ditemui mati selepas terlibat dalam pergaduhan berhampiran sebuah premis hiburan.
Sehingga berita ini ditulis, kes ini masih dalam siasatan polis. - Sarawakiana
Demikianlah Artikel Suami Isteri Ditahan Suspek Kes Bunuh Di Kuching
Sekianlah artikel Suami Isteri Ditahan Suspek Kes Bunuh Di Kuching kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Ditahan Suspek Kes Bunuh Di Kuching dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/suami-isteri-ditahan-suspek-kes-bunuh.html