link : Suami kelar isteri, bunuh diri setelah terdengar 'bisikan halus'
Suami kelar isteri, bunuh diri setelah terdengar 'bisikan halus'
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek, A. Savariappan, 65, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka manakala isterinya, A. Sinnamah, 65, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Jelas A Asmadi, pihak polis menerima laporan menerusi panggilan telefon oleh adik ipar mangsa sekitar 6.55 petang semalam.Katanya, suspek dan mangsa telah mendirikan rumah tangga hampir 45 tahun dan siasatan awal mendapati suspek menunjukkan kelakuan aneh sejak seminggu lalu.
Sebelum bertindak tekad mengelar isterinya dengan senjata dipercayai pisau tumpul, suspek dikatakan bertindak agresif dan seperti dirasuk.
Jelasnya, menurut anak kandung mangsa, suspek juga ada mengadu sering terdengar bisikan halus yang mengarahkannya untuk membunuh diri sejak kebelakangan ini.
Punca penuh kejadian bagaimanapun belum diketahui dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 324/309 Kanun Keseksaan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Suami kelar isteri, bunuh diri setelah terdengar 'bisikan halus'
Anda sekarang membaca artikel Suami kelar isteri, bunuh diri setelah terdengar 'bisikan halus' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/suami-kelar-isteri-bunuh-diri-setelah.html