Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn

Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn
link : Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn

Baca juga


Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn

Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden  mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai.

“Jawatankuasa pendamai terpaksa dilantik berikutan tiada persetujuan bersama dalam hal ini. Pada perbincangan asal defenden bersetuju untuk bercerai tapi menukar fikiran pada saat-saat akhir.

“Keputusan sama ada bercerai atau masih berdamai akan diketahui pada 11 Julai ini selepas laporan jawatankuasa pendamai diserahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamed Hizwan berkata, jawatankuasa pendamai adalah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh plaintif dan defenden.

“Pihak jawatan kuasa pendamai perlu tahu peranan sebenar mereka ialah untuk memastikan tidak berlaku perceraian. Perbincangan akan dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Saya harap kes ini tidak berlanjutan dan semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes ini dan pihak berkenaan hadir pada hari yang ditetapkan,” ujarnya.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lalu.

Pasangan berkenaan hadir ke mahkmah.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Ezlynn baru-baru ini dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghadapi tekanan berkaitan isu rumah tangganya.
Sumber: Mstar

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn

Sekianlah artikel Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Ttukar fikiran enggan ceraikan Ezlynn dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/suami-ttukar-fikiran-enggan-ceraikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :