link : Surau Di Melaka Berikan RM10 Setiap Hari Kepada Semua Remaja Yang Datang Solat Terawih
Surau Di Melaka Berikan RM10 Setiap Hari Kepada Semua Remaja Yang Datang Solat Terawih
BANDARAYA MELAKA - Surau Muhammad Al-Waliyah, Pulau Gadong di sini, akan memberikan RM10 kepada setiap anak muda yang berusia di bawah 15 tahun yang datang menunaikan solat tarawih di surau tersebut sepanjang bulan Ramadan nanti.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ia adalah sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau berkenaan dari kalangan anak-anak muda.
Katanya, inisiatif tersebut telah pun dijalankan sejak tiga tahun lalu dan ternyata berhasil apabila saf-saf solat tarawif sentiasa penuh sehingga ke akhir Ramadan dan habuan tersebut hanya akan diberikan kepada semua di akhir Ramadhan.
“Kebiasaannya lebih 50 anak-anak muda tampil dan kedatangan mereka kita catat. Maknanya sekiranya mereka datang penuh, dapatlah RM300 yang diharapkan untuk mereka beli persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Remaja-remaja itu juga diwajibkan menyertai kelas-kelas fardu ain yang dijalanakan dan diuruskan oleh seorang tenaga pengajar. Mereka juga akan diingatkan tentang fadilat berpuasa, cara beribadah dengan betul sehingga diajar tentang bacaan doa, jelasnya lagi.
Semua ini dilakukan adalah sebagai satu dorongan untuk anak-anak muda agar mereka tidak membuang masa di tempat-tempat lain dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Jadi, aktiviti mereka akan dipenuhi dengan program-progan beragama di sepanjang bulan puasa, jelas Mohd Yusof lagi.
Demikianlah Artikel Surau Di Melaka Berikan RM10 Setiap Hari Kepada Semua Remaja Yang Datang Solat Terawih
Anda sekarang membaca artikel Surau Di Melaka Berikan RM10 Setiap Hari Kepada Semua Remaja Yang Datang Solat Terawih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/surau-di-melaka-berikan-rm10-setiap.html