Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma

Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma
link : Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma

Baca juga


Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma

ALOR SETAR, KEDAH - Seorang lelaki berumur 30 tahun koma selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Putra kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu bangunan tersebut, Ahad lalu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 4 petang, suspek didakwa cuba memeluk mangsa berumur 21 tahun dari depan dengan menekup mulutnya sebelum mangsa mengigit tangannya tetapi ditumbuk di perut oleh suspek. 
Kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan suspek. Suspek ditangkap dan dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah sekumpulan lelaki. 
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan. 
"Keadaan suspek kini masih kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


"Setakat ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat namun kes ini masih dalam siasatan. Kakak kepada suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya pagi tadi (Isnin), manakala mangsa juga telah membuat laporan polis di IPD Kota Setar malam tadi (Isnin), yang mendakwa suspek telah mencabulnya," katanya. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. - The Reporter
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma

Sekianlah artikel Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek cabul wanita dibelasah sampai koma dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/suspek-cabul-wanita-dibelasah-sampai_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :