link : Syarikat Jangan Pandai-Pandai Mengajikan PATI
Syarikat Jangan Pandai-Pandai Mengajikan PATI
SSM akan membatalkan pendaftaran syarikat yang mengajikan PATI dan menyenarai hitam bagi satu tempoh tertentu. (Gambar: Utusan)
Mana-mana syarikat yang didapati bersalah menggajikan pekerja asing tanpa izin (PATI) akan dibatalkan pendaftaran syarikat dan disenarai hitam oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, SSM mempunyai kuasa untuk membatalkan pendaftaran syarikat mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan termasuk sekiranya didapati mengambil PATI sebagai pekerja.
“Jika Jabatan Imigresen melakukan serbuan dan mendapati syarikat tersebut mengambil pendatang tanpa izin sebagai pekerja mereka, SSM akan membatalkan pendaftaran mereka dan menyenarai hitam bagi satu tempoh tertentu.
“Begitu juga dengan peniaga dalam talian yang didapati melakukan sebarang kesalahan menipu pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran SSM BizTrust di Kuala Lumpur, hari ini.
SSM BizTrust adalah satu mekanisme yang menetapkan satu piawaian yang boleh diperoleh oleh entiti perniagaan secara atas talian. Melalui SSM BizTrust, peniaga atas talian akan mendapat perakuan melalui logo yang akan dipaparkan di laman web perniagaan masing-masing.
Tambahnya, sekiranya mereka didapati masih meneruskan perniagaan walaupun telah ditamatkan pendaftaran, mereka boleh didenda sehingga RM250,000.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Syarikat Jangan Pandai-Pandai Mengajikan PATI
Anda sekarang membaca artikel Syarikat Jangan Pandai-Pandai Mengajikan PATI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/syarikat-jangan-pandai-pandai_25.html