TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR

TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR
link : TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR

Baca juga


TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR

Pakatan Harapan tidak perlu lagi hiraukan PAS kerana gabungan parti pembangkang itu sudah mempunyai empat parti politik yang bekerjasama untuk menumbangkan UMNO.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, Pakatan Harapan yang dikuasi DAP dan dianggotai PAN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mempunyai Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui penyertaan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Parti yang bersendirian’ itu tidak perlu dipedulikan. Ada parti itu suka duduk sorang-sorang. Biarkanlah,” katanya menyindir PAS dalam satu ceramah PAN di Gombak baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mendakwa parti lamanya itu tidak pernah memenangi banyak kerusi walaupun setiap program parti itu dipenuhi hadirin dengan jumlah yang ramai.

Dakwa Mat Sabu, PAS hanya mampu memenangi banyak kerusi dengan undi kaum Cina selepas parti itu bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN selepas menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam, sekaligus “menamatkan riwayat” Pakatan Rakyat dibentuk pada 2008.

PAN diwujudkan oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersama beberapa bekas pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan parti itu kerana dilihat lebih cenderung menyebelahi pakatan pembangkang berbanding parti sendiri.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan PPBM yang diketuai Mahathir untuk menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Difahamkan, Mahathir keluar daripada UMNO dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan kerana beberapa kepentingan peribadinya termasuk dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi.


Demikianlah Artikel TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR

Sekianlah artikel TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAK PAYAH PEDULIKAN PAS LAGI, PAKATAN DAH ADA MAHATHIR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tak-payah-pedulikan-pas-lagi-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :