Teknologi Rel China Setanding Negara Maju

Teknologi Rel China Setanding Negara Maju - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teknologi Rel China Setanding Negara Maju, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teknologi Rel China Setanding Negara Maju
link : Teknologi Rel China Setanding Negara Maju

Baca juga


Teknologi Rel China Setanding Negara Maju


KUALA LUMPUR: Amat mengagumkan. Itulah reaksi penulis ketika kali pertama mencuba menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di China, baru-baru ini. 

Perjalanan dari Beijing ke Zhengzhou sejauh hampir 700 kilometer (km) menaiki HSR hanya mengambil masa selama tiga jam berbanding tujuh jam jika memandu kereta atau menggunakan kereta api konvensional. 

Ketika bergerak, tidak terasa gegaran dan bunyi yang kuat walaupun ketika itu kelajuan kereta api mencecah 300 km/jam. 

Ia sekali gus membuang jauh tanggapan penulis selama ini bahawa produk atau teknologi dari China adalah tidak berkualiti atau berkelas kedua. 

Penulis mengakui tanggapan sedemikian banyak berpunca daripada pengaruh bacaan berita dari Barat atau filem Hollywood yang sering memaparkan sisi negatif mengenai China. 

Sedangkan, sebenarnya teknologi dimiliki negara itu amat maju dan berada jauh di hadapan, malah tidak keterlaluan dikatakan setanding negara maju lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. 

HSR di China dikendalikan oleh China Railway Corporation (CRP) yang kini berhasrat mengeksport teknologi mereka ke luar negara dan tidak terkecuali turut berminat untuk membida projek HSR di Malaysia dan Singapura. 

Syarikat itu yakin mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya yang lain dalam merebut kontrak projek HSR dari Kuala Lumpur ke Singapura. 

Timbalan Ketua Juruteranya, Zhao Guotang, berkata walaupun teknologi HSR di China bermula agak lewat berbanding negara lain, negara itu kini mempunyai jajaran rel HSR terpanjang di dunia. 

Sehingga akhir tahun lalu, katanya, jajaran rel HSR di China adalah sepanjang 22,000km, jauh mengatasi pesaing lain seperti di Jepun sepanjang 2,765 km; Sepanyol (2,458 km) dan Perancis sepanjang 2,130 km. 

"Ketika ini pembinaan jajaran rel sepanjang 10,000km sedang dibina yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini," katanya pada taklimat media di ibu pejabat syarikat itu di Beijing, baru-baru ini. 

Selain itu, Zhao berkata, pihaknya juga mempunyai pengalaman mengendalikan jajaran rel di lokasi yang mana tahap cuacanya sangat ekstrem. 

Sebagai contoh, katanya, CRP adalah pengendali HSR pertama di dunia yang mengendalikan jajaran di kawasan sejuk iaitu dari Harbin ke Dalian sejauh 904km dengan suhunya di bawah paras 40 darjah Celsius. 

"Selain itu, kami juga adalah yang pertama di dunia mengendalikan jajaran HSR di zon Tropika di Hainan yang mana suhunya boleh mencecah sehingga 43 darjah Celsius. 

"Ini sudah tentu memberi kami kelebihan kerana boleh berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara lain mengenai cara pengendalian di tempat yang bersuhu sejuk dan panas," katanya. 

Zhao menambah, penggunaan HSR di China juga semakin meningkat setiap tahun apabila semakin ramai rakyatnya memilih menggunakan kemudahan itu. 

"Pada tahun lalu, seramai 1.47 bilion penumpang menaiki HSR, meningkat 26.8 peratus berbanding tahun 2015. 

"Jumlah itu juga mewakili 52.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penumpang yang kami kendalikan, menunjukkan rakyat China memilih HSR berbanding kereta api konvensional sebagai mod pengangkutan utama mereka," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Teknologi Rel China Setanding Negara Maju

Sekianlah artikel Teknologi Rel China Setanding Negara Maju kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teknologi Rel China Setanding Negara Maju dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/teknologi-rel-china-setanding-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :