‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’

‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’
link : ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’

Baca juga


‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’

Melihat rumah jiran yang bercahaya pada waktu siang akibat lampu tidak ditutup akhirnya menemukan seorang mayat lelaki di dalam rumah itu dalam keadaan busuk dan berulat di Kampung Seri Pilah, Senaling, 6.15 petang semalam.

Mohd Nadzri Zainun, 61, terkejut apabila melihat jirannya, Norman Shah Mohamad Nasir, 36, dalam keadaan badannya berulat setelah tiga hari tidak keluar dari rumah.

“Menjadi rutin harian, saya akan melihat Norman keluar rumah sama ada untuk pergi bekerja atau pun ke kedai.

“Bukan itu sahaja, saya juga lihat dia setiap petang duduk di luar rumah sambil bernyanyi,” katanya.

Namun sejak kebelakangan ini, Mohd Nadzri jarang bertemu dengan Allahyarham tetapi tidak mengesyaki sebarang perkara buruk menimpanya.

“Norman, seorang jiran yang baik, dia sering melaungkan azan di surau berhampiran ketika masuk waktu solat.

“Saya ada juga terdetik di hati, apabila tidak mendengar suaranya tatkala masuk waktu solat dan tidak bertemunya di surau.

“Atas rasa curiga dan bimbang, saya telah mengajak isteri untuk pergi ke rumah Norman yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah saya.

“Alangkah terkejutnya, kami ternampak tubuh Norman terbaring kaku dan tidak bernyawa malah telah berulat serta berbau busuk. Rambutnya juga telah mula gugur,” katanya ketika ditemui di kampung Seri Pilah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan lanjut mendapati, tiada unsur jenayah ditemui di kawasan rumah berkenaan dan bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

The post ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’

Sekianlah artikel ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Terdetik juga di hati selalu dia azan di surau…’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terdetik-juga-di-hati-selalu-dia-azan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :