Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu

Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu
link : Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu

Baca juga


Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu



SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang mendakwa dirinya didera dan dihalau dari rumah, ditemui bersendirian di tepi jalan belakang sebuah sekolah oleh seorang pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, pengawal keselamatan terbabit yang dalam perjalanan ke sekolah, menemui kanak-kanak itu menggalas sebuah beg sekolah dan apabila ditanya, kanak-kanak itu mendakwa dia dihalau oleh ibunya selain turut dipukul.

"Siasatan polis mendapati, mangsa sebelum ini dijaga oleh neneknya yang tinggal di Jeli, Kelantan, sebelum dijaga ibunya sejak Disember tahun lepas.

"Sewaktu diambil oleh ibunya, terdapat kesan parut pada badannya, dan selepas disoal dia mendakwa dipukul kerana kenakalannya," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Menurutnya lagi, ibu kanak-kanak terbabit mendaftarkan anaknya untuk bersekolah namun pihak sekolah memberitahu bahawa dia sering menimbulkan masalah di sekolah termasuklah mencuri barang dan bergaduh.

"Akhirnya kanak-kanak itu dihantar ke rumah neneknya di Baling, bagaimanapun kenakalannya menyebabkan neneknya enggan menjaga dan menyerahkan semula kepada ibunya.

"Ibu mangsa mengaku ada memukul kanak-kanak itu untuk mendidik, namun tiada sebarang kecederaan serius yang dikesan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan," katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan kanak-kanak itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu

Sekianlah artikel Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terlalu Nakal, Kanak-Kanak Dihalau Ibu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terlalu-nakal-kanak-kanak-dihalau-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :