Terpaksa samak luar masjid

Terpaksa samak luar masjid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terpaksa samak luar masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terpaksa samak luar masjid
link : Terpaksa samak luar masjid

Baca juga


Terpaksa samak luar masjid

Bahagian luar Surau Ar Rayyan Indera Mahkota 15, di sini yang kini dinaik taraf sebagai masjid, terpaksa  disamak apabila beberapa anjing dilihat berkeliaran di kawasan itu.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Mat Rani berkata, upacara itu kali kedua dilakukan oleh pihaknya selepas kali pertama haiwan itu berkeliaran di perkarangan masjid, awal tahun lalu.

Menurutnya, anjing liar dilihat semakin banyak berkeliaran di kawasan taman perumahan itu, hingga penduduk berasa tidak selesa.

“Hari ini (semalam) dah masuk hari kedua samak dijalankan di bahagian luar masjid. Ini memang buat kami tak selesa sebenarnya.

“Dulu memang ada anjing liar tapi tak seperti sekarang, makin bertambah. Haiwan itu bukan hanya ganggu dan berkeliaran di masjid tapi turut ancam keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui semenjalankan kerja samak bersama beberapa ahli jawatankuasa masjid itu, di sini.

Beliau turut memaklumkan penduduk di taman perumahan itu gusar akan keselamatan mereka dengan kehadiran lebih 10 ekor anjing liar di kawasan perumahan terbabit.

Katanya, kehadiran anjing liar sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak di taman itu, malah dipercayai turut berkeliaran di sekitar kawasan masjid di situ.

“Kita harap pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Malah kita juga sudah membuat aduan berhubung perkara terbabit,” katanya.

Seorang penduduk, Hasiful Hashim, 60, pula berkata, kehadiran anjing-anjing liar itu secara tidak langsung mengganggu aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, anjing-anjing liar itu banyak berkeliaran terutama di waktu pagi, khususnya ketika kanak-kanak pergi sekolah dan situasi itu boleh membahayakan keselamatan mereka.

“Dulu memang ada anjing tapi tak banyak seperti sekarang namun selepas sejak tiga empat hari ini  kehadiran anjing liar dilihat semakin bertambah.

“Jumlahnya lebih daripada 10 ekor. Setakat ini masih tiada sebarang masalah yang menimpa penduduk seperti kena serang oleh haiwan terbabit,” katanya.

Hasiful berkata, anjing itu pernah dilihat memasuki ruang bahagian luar masjid tersebut dan perkara terbabit disedari jemaah yang datang ke masjid.

“Selepas kejadian itu pun, ahli jawatankuasa terpaksa samak di seluruh kawasan masjid. Kita bukannya apa, bimbangkan keselamatan jemaah yang datang menunaikan solat di masjid ini terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, pihaknya mengarahkan anggota dari Unit Anjing MPK ke lokasi diadukan penduduk bagi menangkap ke semua haiwan terbabit.

“Pihak berkenaan akan memasang perangkap bagi membolehkan anjing-anjing liar tersebut ditangkap dan saya harapkan penduduk setempat dapat memberikan kerjasama,” katanya.

The post Terpaksa samak luar masjid appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terpaksa samak luar masjid

Sekianlah artikel Terpaksa samak luar masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terpaksa samak luar masjid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terpaksa-samak-luar-masjid_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :