link : Terpalit kontroversi Usop
Terpalit kontroversi Usop
Tindakan penyanyi baru Usop Mentor Milenia 2017 yang enggan memberikan nombor telefon kepada pihak media membuatkan dirinya dilabel ‘perasan’ bagus.
Malah, ayat yang terkelur daripada mulut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, dengan meminta pihak media mendapatkan nombor telefon menerusi laman Instagram memberi satu lagi persepsi kurang manis terhadap dirinya yang masih hijau dalam industri muzik.
Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro sebelum ini, Usop turut menjelaskan dia sekadar mengikut arahan yang diberikan mentornya iaitu Hazama.
Bagaimanapun, Hazama yang ditemui baru-baru ini menafikan perkara itu, sebaliknya dia hanya mengajar pemenang tempat kedua dalam program itu supaya tidak memberikan nombor telefon kepada orang yang tidak berkaitan dan dikenali dalam industri muzik.
Sumber: hmetro
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Terpalit kontroversi Usop
Anda sekarang membaca artikel Terpalit kontroversi Usop dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terpalit-kontroversi-usop_23.html