Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh
link : Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Baca juga


Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

"Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka (pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.

"Tidak ada perkara sebegitu seperti pelajar perlu membayar lebih daripada itu walaupun di UM (Universiti Malaya), " katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Pelaksanaan Autonomi Universiti Awam 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.

Bagaimanapun, Idris berkata terdapat kursus lain yang bersifat swasta ditawarkan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun kebiasaannya pelajar hanya perlu membayar RM3,000 sahaja.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor di UA akan melalui beberapa peringkat sebelum lantikan dapat dibuat.

Ia termasuk proses pemilihan peringkat awal oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang akan menilai setiap calon berdasarkan kemahiran dan potensi mereka sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan.

"Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) biasanya akan membawa dua atau tiga nama mereka yang layak dan berpotensi kepada menteri.

"Walaupun akhirnya nampak seperti menteri yang memilih tapi ia hanyalah sebahagian daripada proses dan ia memang telus ," katanya.

Menurut Idris, proses penilaian turut dibuat oleh badan-badan korporat dan profesional bagi memastikan hanya calon yang layak dilantik ke jawatan itu.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Sekianlah artikel Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tiada-kenaikan-yuran-ijazah-pertama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :