Tiada Kompromi - TPM

Tiada Kompromi - TPM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Kompromi - TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Kompromi - TPM
link : Tiada Kompromi - TPM

Baca juga


Tiada Kompromi - TPM


CANBERRA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan badan penguatkuasa yang didapati melindungi aktiviti perjudian dan pelacuran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras jenayah rasuah membabitkan penguat kuasa terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mendedahkan pihaknya mempunyai bukti terdapat penguat kuasa di negeri di selatan tanah air melindungi sindiket judi dan pelacuran dengan bayaran RM 1.2 juta sebulan.

Dzulkifli berkata bukti berbentuk dokumen itu ditemukan pihaknya ketika melakukan operasi di negeri terlibat baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata KDN menyokong dan akan memberikan segala bantuan kepada SPRM dalam menghapuskan kegiatan berkenaan.

"Jika ini benar... PDRM (polis) dan KDN akan pasti beri kerjasama dengan pihak SPRM dan menyokong tindakan-tindakan yang dilakukan pihak SPRM", kata Ahmad Zahid yang sedang dalam lawatan kerja di Australia ketika ditemui media Malaysia di sini Isnin. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiada Kompromi - TPM

Sekianlah artikel Tiada Kompromi - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Kompromi - TPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tiada-kompromi-tpm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :