Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar

Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar
link : Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar

Baca juga


Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tiga anggota exco negeri Selangor daripada PAS, sebagai 'anak jantan', kerana tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu supaya mereka meletak jawatan.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata ia sekaligus menunjukkan ketiga-tiga exco berkenaan taat dengan arahan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti Khamis lepas yang mahu mereka terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Orang nak tekan, tekanlah tetapi kami tidak akan keluar, dan exco (di Selangor) tidak meletak jawatan... itulah yang kami gelarkan 'anak jantan', " katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas gesaan daripada perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Naim Jusri ketika membahaskan ucapan Dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK di Shah Alam semalam, supaya kesemua tiga exco PAS di Selangor meletak jawatan sekiranya mereka betul-betul anak jantan.

Tiga exco PAS di Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Pada 11 Mei, Majlis Syura Ulama memutuskan PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui kerajaan Selangor, selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah bulan lepas meluluskan usul supaya pimpinan tertinggi parti menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti apabila PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar

Sekianlah artikel Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiga exco Pas Selangor 'anak jantan' - Mohd Amar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tiga-exco-pas-selangor-anak-jantan-mohd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :