Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS

Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS
link : Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS

Baca juga


Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS


KUALA LUMPUR –  Tindakan akhbar The Star yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan ibadah solat dengan tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’ disifatkan sebagai satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata, ini bukan pertama kali tindakan perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.

“Sebelum ini, Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban di mana ia mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

“The Star bagaimanapun gagal mempelajarinya dan masih mengulangi kesilapan serupa malah nampak makin berani dan nekad,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, permohonan maaf seletah insiden serupa berlaku juga merupakan satu lagi siri penghinaan.

“Sampai bila kesabaran umat Islam mahu diuji sedemikian rupa? Kesabaran umat Islam dicabar terus menerus. Mereka mencetuskan provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat? Kemudian umat Islam sekali lagi dijadikan kambing hitam?

“Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani isu sebegini. Kami yakin dan percaya sikap mereka yang melebihi had dalam mempersenda umat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pihak agar berhenti daripada melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran umat Islam.

“Jangan terus mencetuskan provokasi kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.

“Kembalikan keamanaan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan emmelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. Kami tidka mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yang anti Islam mengeksploitasi isu kerana kami yakin ramai non muslim yang tidak setuju dengan sikap seperti ini,” katanya.

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS

Sekianlah artikel Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Akhbar The Star Keterlaluan, Biadab – PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tindakan-akhbar-star-keterlaluan-biadab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :