link : Trump Didesak Serah Pita Rakaman Perbualan
Trump Didesak Serah Pita Rakaman Perbualan
WASHINGTON: Anggota Senat Amerika Syarikat (AS) hari ini mendesak Presiden Donald Trump menyerahkan pita rakaman perbualan beliau dengan bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), James Comey yang dipecat pada Rabu lalu.
Anggota Demokrat juga sedang menimbang untuk memulau undi pengganti Comey jika Trump enggan berbuat demikian.
Jumaat lalu, Trump dalam Twitter menulis mengenai kemungkinan beliau memiliki pita rakaman itu dan memberi amaran kepada Comey supaya tidak mendedahkannya kepada media.
"James Comey, lebih baik pita rakaman perbualan kita tiada, sebelum dia mula mendedahkannya kepada akhbar! " kata Trump dalam Twitter.
Jurucakap Rumah Putih dan Trump bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan perkara itu. Senator Republikan, Lindsay Graham dari South Carolina berkata, Rumah Putih mesti menjelaskan sama ada pita berkenaan wujud atau sebaliknya.
"Kamu tidak boleh bergurau mengenai pita rakaman itu. Jika perbualan itu dirakamkan, ia perlu diserahkan," kata Graham dalam program NBC, Meet the Press.
Trump mencetuskan kontroversi dan kemarahan kalangan ahli politik AS apabila mengumumkan pemecatan Comey minggu lalu dengan alasan tidak melaksanakan tugas dengan baik.
Pegawai Rumah Putih dilapor berkata, keengganan Comey mendedahkan maklumat siasatan dakwaan campur tangan Russia ketika pilihan raya presiden tahun lalu kepada pembantu kanan Trump, dipercayai menjadi punca pemecatannya.
Anggota Demokrat pula menuduh Trump cuba menggagalkan siasatan FBI dan meminta dibentuk satu siasatan bebas mengenai dakwaan kemungkinan pasukan kempen Trump bersubahat dengan pegawai Russia.
Senator Republikan dari Utah, Mike Lee dalam Fox News Sunday dilapor berkata, jika dakwaan rakaman pita itu benar, Trump dan Comey akan dipanggil hadir ke mahkamah dan Rumah Putih perlu menyerahkan pita berkenaan. - Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Trump Didesak Serah Pita Rakaman Perbualan
Sekianlah artikel Trump Didesak Serah Pita Rakaman Perbualan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Trump Didesak Serah Pita Rakaman Perbualan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/trump-didesak-serah-pita-rakaman.html