Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak

Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak
link : Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak

Baca juga


Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak


KUCHING: Sumbangan tiga pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada Sarawak.

Mereka terdiri daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyifatkan ketiga-tiga tokoh tersebut berada pada kelas tersendiri dalam memajukan Sarawak.

Tun Taib menurutnya memberi sumbangan besar kepada Sarawak sejak mula menjadi Ketua Menteri pada tahun 1981 hingga 2014.

"Tun Taib utamakan politik pembangunan dengan mengubah landskap ekonomi Sarawak yang menumpukan kepada pertanian kepada perindustrian.

"Dalam tiga dekad, beliau berjaya menukar beberapa Bahagian di Sarawak dari kampung menjadi bandar," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Allahyarham Adenan pula disifatkan oleh Abang Jo berjaya menggegar Malaysia dengan rancangan yang diumumkan untuk kemajuan termasuk menuntut hak Sarawak.

"Walaupun singkat tempoh perkhidmatan, Tok Nan sentiasa menumpukan kepada meringankan beban rakyat termasukkan memansukan tol dan mengurangkan tarif elektrik.

"Saya berjanji akan terus menuntut hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," ujarnya.

Sementara itu, beliau menggambarkan Jabu sebagai seorang individu kepada parti dan bekerja keras mengubah nasib petani serta nelayan.

"Memang tidak dinafikan Jabu sebagai seorang yang setia kepada parti dan kami bersama melindungi PBB dari dulu lagi," jelasnya.-Sarawakiana malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak

Sekianlah artikel Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Taib, Tok Nan & Jabu Beri Sumbangan Besar Kepada Sarawak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tun-taib-tok-nan-jabu-beri-sumbangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :