link : Tuntutan Perubatan Palsu: TUDM Nafi Laporan Media
Tuntutan Perubatan Palsu: TUDM Nafi Laporan Media
KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan laporan beberapa media seorang pegawai pasukan keselamatan itu menghadapi tuduhan membuat tuntutan perubatan palsu berjumlah RM10,979, empat tahun lalu di mahkamah semalam.
TUDM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa laporan tersebut telah memberi impak negatif ke atas imej TUDM kerana tertuduh bukan pegawai pasukan keselamatan berkenaan seperti dilaporkan media terbabit.
“TUDM menafi sekerasnya bahawa tertuduh, Siti Noor Hakiki Abdullah adalah pegawai atau anggota TUDM. Beliau merupakan kakitangan awam Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) yang bertugas di Material Udara 1 (MATRA 1), Pangkalan Udara Kuala Lumpur,” tegas TUDM dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, TUDM melahirkan rasa kesal dengan laporan agensi media terbabit serta penyampaian fakta yang tidak tepat kepada umum berhubung kes itu.
“Sehubungan itu, TUDM mohon agar semua editor bertanggungjawab untuk membuat ralat ke atas kesilapan fakta yang telah disebarkan tersebut bagi mengelakkan perspektif negatif masyarakat umum ke atas imej TUDM,” kata kenyataan itu.
Semalam, beberapa media melaporkan seorang pegawai tadbir Markas TUDM menghadapi pertuduhan membuat tuntutan perubatan palsu berjumlah RM10,979 empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. – Mynewshub.cc
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tuntutan Perubatan Palsu: TUDM Nafi Laporan Media
Anda sekarang membaca artikel Tuntutan Perubatan Palsu: TUDM Nafi Laporan Media dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tuntutan-perubatan-palsu-tudm-nafi.html