Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia

Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia
link : Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia

Baca juga


Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia



MONGGOLIA: Kereta api berkelajuan tinggi pertama di wilayah berautonomi Mongolia di utara China memulakan ujian perjalanan pada Ahad sebelum kemudahan pengangkutan itu beroperasi sepenuhnya akhir Julai, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Biro Kereta Api Hohhot, kereta api dengan kelajuan 250-275 kilometer sejam itu mula menjalani ujian perjalanan dari Ulanqab ke Hohhot.

Bahagian di Inner Mongolia adalah sebahagian projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Hohhot ke Zhangjiakou di Wilayah Hebei .

Wilayah Hebei turut menjadi bandar tuan rumah bersama untuk temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Apabila beroperasi kelak, masa perjalanan antara Ulanqab dan Hohhot dapat dipendekkan daripada sejam kepada 35 minit.

Sebaik projek pembinaan selesai sepenuhnya, perkhidmatan kereta api Zhangjiakou-Hohhot sepanjang 286.8 kilometer dengan kelajuan 250 kilometer sejam itu bakal menjadi perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi utama di utara China. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Menerusi projek berkenaan membolehkan Zhangjiakou-Hohhot dihubungkan dengan Beijing-Zhangjiakou yang sedang dalam pembinaan.

Masa perjalanan dari Hohhot ke Beijing dapat dikurangkan daripada purata sembilan jam kepada kira-kira tiga jam. - Bernama
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia

Sekianlah artikel Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ujian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Monggolia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ujian-kereta-api-berkelajuan-tinggi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :