Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis

Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis
link : Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis

Baca juga


Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis

loading…

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam harus menghormati hak orang lain menggunakan jalan raya di sekitar masjid meskipun kebiadaban pihak mengganggu jemaah yang sedang bersolat wajar dibantah.

Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis
Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis

Dilihat merujuk kepada insiden di Johor semalam, Asri berkata, sebagaimana ditekankan oleh Islam, Muslim perlu sedar semua orang berhak menggunakan jalan raya mengikut peraturan.

ARTIKEL MENARIK: Siapa Kata Jin Islam Tak Buat JAHAT ? Ustaz Ini Dedah Kenapa Jin Islam Lebih ‘KUAT’ Dari Jin Kafir !

loading…

“Hendaklah kita sedar bahawa bagi jalan raya itu haknya yang diajar oleh Islam.

“Jalan raya bukan sahaja digunakan oleh kita, mereka yang lain juga ada hak menggunakannya dengan cara yang mematuhi peraturan.”

Kata Asri, pemandu-pemandu lain mungkin ada urusan kecemasan ataupun bukan Muslim yang mahu ke tempat lain ataupun Muslim yang tidak terlibat dengan solat berkaitan seperti wanita, musafir dan seumpamanya.

“Saya ingin menyeru kepada umat Islam di Perlis, khususnya ketika waktu solat agar memberikan hak jalan. Ini terutama semasa solat yang ramai seperti solat Jumaat dan hari raya.

“Demikian juga semasa kuliah yang ramai termasuk kuliah mingguan saya di Masjid Alwi, Kangar,” kata beliau dalam tulisan terbaharu di Facebook hari ini.

Asri berkata tulisan hari ini tiada kaitan dengan kes di Johor.

Polis telah menahan 4 lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana, Johor Bahru semalam.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan seorang pemandu, telah menjadi tular di laman sosial semalam.

Ini berikutan tindakan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid didapati merusuh dan memukul pemandu terbabit setelah mangsa bertindak membunyikan hon ketika solat Jumaat sedang berlangsung.

Mengulas lanjut, Asri berkata, menghormati hak orang lain boleh diamalkan dengan meletakkan kenderaan secara tersusun bagi membolehkan pengguna jalan raya lain turut menggunakan dengan selesa.

“Terhalang di jalan raya kadang-kala amat menyakitkan.”

Katanya, menghalang kenderaan pengguna jalan raya yang lain boleh memudaratkan terutama apabila pengguna itu sakit ataupun mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya seperti lapangan terbang dan seumpamanya.

“Keindahan saf solat dalam masjid sewajarnya memberikan kesan dalam susunan kenderaan di luar masjid. Semoga masjid-masjid kita di Perlis ini khususnya sentiasa teratur dan tidak mengganggu pengguna jalan yang lain,” kata beliau.

Sumber: freemalaysiatoday

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis

Sekianlah artikel Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umat Islam Harus Hormat Hak Pengguna Jalan Raya, Nasihat Mufti Perlis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/umat-islam-harus-hormat-hak-pengguna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :