link : Untung sebelum cukai suku pertama Petronas dagangan naik kepada RM6.69 bilion
Untung sebelum cukai suku pertama Petronas dagangan naik kepada RM6.69 bilion
Hasilnya turut meningkat kepada RM335.6 juta daripada RM295.6 juta sebelum ini, didorong oleh kenaikan 43 peratus purata harga jualan berikutan peningkatan harga di penanda aras Mean of Platts Singapore.
Harga jualan itu bagaimanapun, dijejaskan oleh jualan dagangan lebih rendah sebanyak empat peratus, kata penyedia produk petroleum itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.Keuntungan operasi kumpulan itu menokok sebanyak RM39.3 juta kepada RM336.1 juta di bawah suku berkenaan berbanding tempoh sama tahun lepas, didorong oleh peningkatan keuntungan operasi segmen runcit dan komersial yang naik masing-masing kepada RM198.80 juta dan RM132.20 juta.
Bagi kemajuan masa depan, PetDag menyifatkan unjuran persekitaran ekonomi dan perniagaan untuk 2017 masih tidak menentu.
"Kumpulan ini akan terus menumpukan aspek bagi kecekapan pengurusan inventori, pembekalan dan pengedaran serta mengoptimumkan perbelanjaan operasi bagi memastikannya kekal berdaya tahan dalam persekitaran mencabar," katanya.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Untung sebelum cukai suku pertama Petronas dagangan naik kepada RM6.69 bilion
Anda sekarang membaca artikel Untung sebelum cukai suku pertama Petronas dagangan naik kepada RM6.69 bilion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/untung-sebelum-cukai-suku-pertama.html