link : Utusan Kekal Akhbar Digital Paling Laris Di Dunia
Utusan Kekal Akhbar Digital Paling Laris Di Dunia
KETIKA pembangkang melancarkan propaganda hasut rakyat negara ini boikot Utusan Malaysia selain trend kini kebetulan kurang kepada akhbar bercetak, akhbar maya mulai semakin popular.
Terbaharu, firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) mengesahkan Utusan Malaysia muncul akhbar elektronik atau e-paper paling laris di dunia dengan jumlah peningkatan amat luar biasa pada 2016.
Data dikeluarkan di sini serentak dengan laporan edaran bersih akhbar fizikal tempatan, menunjukkan Utusan Malaysia versi digital mencatatkan sebanyak 71,755 langganan untuk tempoh Jun sehingga Disember tahun lalu.
Mula diterbitkan pada 30 November 2012, angka kali ini mencipta rekod jauh mengatasi hanya 7,017 langganan dari tempoh Januari hingga Jun tahun lepas iaitu peningkatan hampir 10 kali ganda bagi separuh masa kedua 2016.
Bermula dengan cuma 995 langganan pada separuh masa pertama 2013, e-paper Utusan Malaysia mula memintas pada separuh kedua 2014 kedudukan saingan terdekatnya iaitu Berita Harian yang diterbitkan awal sejak 2012.
ABC dalam laporan itu turut melaporkan The Daily Star sebagai akhbar digital paling laris di Malaysia dengan 113,241 langganan manakala Sin Chew Daily muncul untuk harian berbahasa Cina popular iaitu 73,613 langganan.
Trend populariti akhbar maya ini membuktikan peralihan signifikan minat pembaca mula lebih gemar mengikuti akhbar arus perdana dalam versi digital yang lebih luas akses capaian liputannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Utusan Kekal Akhbar Digital Paling Laris Di Dunia
Anda sekarang membaca artikel Utusan Kekal Akhbar Digital Paling Laris Di Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/utusan-kekal-akhbar-digital-paling.html