link : (VIDEO) - Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Lemas Ditarik Ke Dalam Air Oleh Singa Laut
(VIDEO) - Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Lemas Ditarik Ke Dalam Air Oleh Singa Laut
VANCOUVER, CANADA - Seorang budak perempuan ditarik oleh singa laut ke dalam air ketika mengunjungi Jeti Steveston di Vancouver baru-baru ini.
Suasana panik berlaku apabila singa laut berkenaan menyambar baju dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke dalam air. Aksi spontan tersebut telah mengejutkan orang ramai di tempat kejadian yang rata-rata diantara mereka adalah pelancong.
Melalui rakaman video yang berdurasi 12 minit 16 saat itu, pada mulanya singa laut berkenaan hanya berenang di permukaan air sebelum menghampiri mangsa dan menariknya ke dalam air.
Segelintir dari pelancong berkenaan bertutur dalam bahasa Mandarin seolah-olah sangat terkejut dengan persitiwa itu.
Menurut laporan, seorang lelaki yang terjun ke dalam air bagi menyelamatkan kanak-kanak itu adalah datuk mangsa. Mangsa dilaporkan selamat dan tidak lemas serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mengikut peraturan Mamalia Marin Canada, selain ketika menangkap ikan, tiada sesiapa pun yang dibenarkan menganggu haiwan mamalia di lautan itu.
Berdasarkan laporan CBC, singa laut yang didapati dalam rakaman video berkenaan sering mengunjungi Jeti Steveston sepanjang tahun. Antara salah satu sebab singa laut pergi ke situ adalah ingin mendapatkan makan, malah singa laut itu dikatakan malas mencari makanan sendiri kerana manusia sering memberikan makanan kepadanya di situ.
Walaupun terdapat papan tanda yang terang-terangan melarang para pelancong dan orang ramai memberi makanan kepada haiwan itu, tetapi semua pelancong didapati degil dan mengingkari larangan serta peraturan tersebut.
Menurut pakar haiwan mamalia lautan, singa laut di situ sudah biasa diberikan makanan oleh pelancong, jadi apabila budak perempuan berkenaan berada terlalu dekat dengannya, mungkin singa laut tersebut menganggap baju budak berkenaan adalah salah satu jenis makanan yang menyebabkan singa laut itu menariknya ke dalam air. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel (VIDEO) - Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Lemas Ditarik Ke Dalam Air Oleh Singa Laut
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) - Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Lemas Ditarik Ke Dalam Air Oleh Singa Laut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/video-kanak-kanak-perempuan-nyaris.html