link : Walaupun Dikatakan Mempunyai Tanda Lahir yang Buruk, Dia Enggan Membuangnya Kerana Satu Sebab
Walaupun Dikatakan Mempunyai Tanda Lahir yang Buruk, Dia Enggan Membuangnya Kerana Satu Sebab
Mariana Mendes, 24, dari Brazil telah dilahirkan dengan tanda lahir yang menutup sebahagian besar wajahnya, tetapi keadaan itu tidak menghalang dirinya untuk menjadi seorang model dalam menghasilkan pelbagai gambar yang menarik. Ini kerana dia ingin membuat kenyataan yang hebat tentang apa yang dimaksudkan dengan menjadi cantik.
Tanda lahir yang meliputi bahagian hidung, mata kanan, dan pipi kanannya, dipanggil congenital melanocytic nevus. Masalah ini telah dianggarkan berlaku pada seorang dalam setiap 20,000 orang bayi. Ianya juga disebabkan oleh jumlah pigmen yang terkandung dalam kulit yang membuatkan kawasan yang terjejas kelihatan lebih gelap.
Mariana pernah menjalani rawatan pembedahan laser ketika berusia lima tahun untuk mengurangkan tanda lahir tersebut kerana ibunya bimbang dia akan dibuli kerana tanda lahir tersebut.
"Saya berasa lebih cantik dan sangat berbeza daripada orang lain kerana saya mempunyai tanda lahir," kata Mariana. Ramai yang merenung kepada dirinya dan tidak menyukainya. Beberapa orang pernah mengatakan ianya "buruk" atau "pelik", tetapi ia tidak mengganggu Mariana. Selain itu, ada yang turut bertanya jika tanda lahir tersebut adalah tatu atau mekap dan Mariana menjawab dengan tenang.
"Saya berbangga mempunyai tanda lahir, ianya sebahagian daripada diri saya dan cara saya belajar untuk menyukai diri sendiri."
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Walaupun Dikatakan Mempunyai Tanda Lahir yang Buruk, Dia Enggan Membuangnya Kerana Satu Sebab
Anda sekarang membaca artikel Walaupun Dikatakan Mempunyai Tanda Lahir yang Buruk, Dia Enggan Membuangnya Kerana Satu Sebab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/walaupun-dikatakan-mempunyai-tanda.html