link : Wanita Maut Melambung Ke Udara Akibat Dirempuh Kenderaan Ketika Melintas Jalan Sambil Menggunakan Telefon Bimbit
Wanita Maut Melambung Ke Udara Akibat Dirempuh Kenderaan Ketika Melintas Jalan Sambil Menggunakan Telefon Bimbit
CHONBURI, THAILAND - Seorang wanita yang sedang melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit didapati melambung ke udara akibat dirempuh oleh sebuah kereta, lapor Sinar Harian.
Dalam kejadian itu, mangsa Sudchada Bureepia, 40, baru sahaja selesai menghantar anak perempuannya ke hospital bersama suaminya sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan MPV.
Wanita terbabit dikatakan sedang bercakap melalui telefon bimbitnya dengan seseorang ketika melintas jalan. Apabila mangsa tiba di lorong terakhir, mangsa terus melintas tanpa menoleh ke kanan yang menyebabkan mangsa dilanggar oleh kenderaan MPV sebelum dilihat melambung ke udara.
Pemandu kenderaan MPV terbabit, Mangkorn Somsut mendakwa dia langsung tidak menyedari wanita berkenaan sedang melintas jalan memandangkan jalan raya berkenaan sangat sibuk dan dipenuhi kenderaan. Siasatan masih dijalankan dan Mangkorn masih belum berhadapan dengan sebarang dakwaan.
Mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital Phyathai Sriracha dan didapati telah retak tulang kepala dan mangsa juga dilaporkan meninggal dunia sehari kemudian.
Kejadian yang menimpa wanita ini yang sedang melintas dengan menggunakan telefon bimbit di sebuah jalan raya yang sibuk akan menjadi peringatan kepada orang ramai. Pemandu kenderaan juga diingatkan supaya berwaspada dengan keadaan di sekeliling mereka.
Video rakaman kemalangan tersebut yang berdurasi 26 saat itu jadi tular di laman sosial. Semoga rakaman berkenaan dijadikan sebagai satu pengajaran serta peringatan kepada semua pejalan kaki agar berhati-hati ketika melintas jalan. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel Wanita Maut Melambung Ke Udara Akibat Dirempuh Kenderaan Ketika Melintas Jalan Sambil Menggunakan Telefon Bimbit
Anda sekarang membaca artikel Wanita Maut Melambung Ke Udara Akibat Dirempuh Kenderaan Ketika Melintas Jalan Sambil Menggunakan Telefon Bimbit dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/wanita-maut-melambung-ke-udara-akibat.html