link : Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai
Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai
Penolong Bahagian Siasatan Polis Hatyai Kapt Jamlong Kongsawad berkata, wanita itu dikenali sebagai Tan Soon Lin berusia 39 tahun.
"Hasil siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan luka di tubuh wanita itu dan kematian beliau dipercayai akibat serangan penyakit jantung yang dialaminya," katanya di sini, hari ini.Hasil soal siasat terhadap suami wanita itu, katanya, mereka memasuki Hatyai semalam dan mendaftar masuk di hotel berkenaan yang terletak di Jalan Sanenusom.
Menurut lelaki itu, apabila terjaga daripada tidur kira-kira 9.30 pagi beliau mendapati isterinya sudah meninggal dunia di tempat tidur, kata Jamlong.
Mayat wanita itu dihantar ke hospital terdekat untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematian sebelum dibenar dibawa pulang ke Malaysia untuk proses pengebumian, katanya.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai
Sekianlah artikel Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita warga Malaysia ditemukan mati dalam bilik hotel di Hatyai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/wanita-warga-malaysia-ditemukan-mati.html