link : Waspada Pihak Cuba Sangkal Kejayaan Malaysia - PM
Waspada Pihak Cuba Sangkal Kejayaan Malaysia - PM
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak meminta masyarakat antarabangsa menolak dakwaan pihak tertentu yang memberi fakta salah mengenai Malaysia, terutama kedudukan ekonominya.
Perdana Menteri berkata, negara mencapai banyak kejayaan yang direkodkan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, termasuk dalam sektor minyak dan gas.
Beliau mengambil contoh laporan terkini Bank Dunia menyebut Malaysia sebagai antara ekonomi terbaik di rantau ini dari segi keberkesanan dan kualiti kawal selia perniagaan yang diukur oleh laporan menjalankan perniagaan.
"Baru-baru ini, firma Amerika, BAV Consulting dan Wharton School dari Universiti Pennsylvania, mengumumkan Malaysia sebagai pendahulu dalam kategori Negara Terbaik Untuk Melabur 2017.
"Saya memaklumkan mengenai pengiktirafan ini kerana ada pihak tertentu ingin memberi gambaran berlainan mengenai kejayaan ini, malah tidak menceritakan kisah sebenar negara demi kepentingan peribadi.
"Justeru, jangan terpedaya dengan berita palsu. Kita tidak mahu tindakan itu mengaburi segala pencapaian dan kejayaan transformasi negara, iaitu satu langkah yang perlu dibanggakan rakyat walau apa pun pandangan peribadi mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, Khalid Al-Falih.
Najib berkata, industri minyak dan gas adalah pemacu utama Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirangka kerajaan.
Katanya, kejayaan terbarunya membabitkan sejumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) bakal dijana menerusi kerjasama antara Saudi Aramco dengan Petronas sebagai rakan pelaburan dalam projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
"Pelaburan terbesar itu adalah antara kejayaan yang membuktikan keyakinan pihak luar dengan kedudukan ekonomi negara," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Waspada Pihak Cuba Sangkal Kejayaan Malaysia - PM
Sekianlah artikel Waspada Pihak Cuba Sangkal Kejayaan Malaysia - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Waspada Pihak Cuba Sangkal Kejayaan Malaysia - PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/waspada-pihak-cuba-sangkal-kejayaan.html