link : Xiaomi Mi Max 2 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan, 25 Mei
Xiaomi Mi Max 2 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan, 25 Mei
Xiaomi sebelum ini telah hadir dengan telefon pintar berskrin besar, dinamakan sebagai Mi Max. Kini, pengeluar dari China berkenaan sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini kepada Mi Max, iaitu Mi Max 2.
Seperti ramai sedia maklum, pengguna gemarkan skrin bersaiz besar – terutamanya di negara membangun kerana boleh membuat tugasan dengan mudah pada skrin bersaiz besar, selain menikmati media dan bermain permainan. Disamping itu, skrin bersaiz besar juga sangat mesra dengan pengguna sedikit berusia untuk melihat pelbagai kandungan.
Xiaomi menjadualkan untuk melancarkan Mi Max 2 pada 25 Mei ini. Kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran, saiz skrin, spesifikasi dan ciri-ciri khusus mengenai Mi Max 2 ini dalam tempoh kurang seminggu lagi.
SUMBER: amanz
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Xiaomi Mi Max 2 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan, 25 Mei
Anda sekarang membaca artikel Xiaomi Mi Max 2 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan, 25 Mei dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/xiaomi-mi-max-2-bakal-dilancarkan-pada.html