Zarul ligat di set penggambaran

Zarul ligat di set penggambaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zarul ligat di set penggambaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zarul ligat di set penggambaran
link : Zarul ligat di set penggambaran

Baca juga


Zarul ligat di set penggambaran

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Pepatah ini barangkali sesuai untuk menggambarkan situasi yang dilalui oleh vokalis Umbrella ini.

Biarpun nama Zarul pernah tenggelam seketika dari industri seni, namun siapa sangka, dia kini menjadi antara selebriti pujaan ramai.

Sejak mendapat tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), nama Zarul Umbrella atau kini lebih dikenali dengan nama Zarul Husin semakin ramai peminat.

Akui penyanyi berusia 44 tahun ini, biarpun jadualnya agak ketat dengan tawaran nyanyian, lakonan, undangan majlis dan sebagainya, namun dia lebih puas.

“Alhamdulillah bulan Mei ni, saya sibuk dengan pelbagai program raya, nyanyian dan lakonan.

“Saya juga baru saja selesai penggambaran telefilem Menantu Malam Raya bersama Elizad Sharifuddin, CK Faizal. Watak saya sebagai Dr Mazlan, seorang anak yang ada konflik dengan ibunya kerana menantu.

Zarul memberitahu, jadualnya kini lebih padat dan perlu menguruskan masa dengan betul.

“Walaupun nampak macam saya main terima saja tawaran, tapi hakikatnya tidak. Saya dan pengurus masih lagi tapis tawaran yang datang agar saya dapat bahagikan masa dengan baik.

“Paling penting, saya lebih puas dan gembira dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Vivo 5S baru-baru ini.

Ditanya maklum balas yang diterima sejak bergelar pelakon, Zarul berkata, dia tidak menyangka percubaannya berjinak-jinak di dalam bidang lakonan mendapat komen positif.

“Ketika awal dahulu, keluarga dah ingatkan kalau lakonan saya tak menjadi, bersedialah untuk dikecam. Tapi Alhamdulillah saya terima respons yang cukup baik.

“Tapi saya tak cepat selesa dengan pujian sebab banyak lagi saya nak belajar.

Zarul berpendapat, kepuasan dalam lakonan dan nyanyian berbeza tetapi tetap mengutamakan nyanyian

“Macam berlakon, kepuasan itu datang bila kita tonton semula lakonan kita di kaca TV dan dapat respons yang bagus.

“Sebab itu saya terpaksa tapis tawaran lakonan agar saya tetap ada masa hujung minggu untuk menyanyi,” jelasnya yang tidak merancang untuk bergelar pengacara.

Zarul sebelum ini muncul dalam drama Cik Serba Tahu dan telefilem, Misteri Sofa Lama.

Berkongsi perancangannya selepas ini, Zarul berkata, dia merancang mengeluarkan single terbaru tahun ini.

“Saya dan pihak pengurusan masih memilih lagu dan saya harap dapat keluarkan sebuah single pada tahun ini,” akhirinya.

The post Zarul ligat di set penggambaran appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zarul ligat di set penggambaran

Sekianlah artikel Zarul ligat di set penggambaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zarul ligat di set penggambaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/zarul-ligat-di-set-penggambaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :