link : Zulfahmi Buru Permulaan Baik Di Donington Park
Zulfahmi Buru Permulaan Baik Di Donington Park
KUALA LUMPUR: Data perlumbaan dimiliki pasukan Orelac Racing VerdNatura tahun lalu bakal membantu Zulfahmi Khairuddin memperbaiki catatan masanya bagi menghadapi Pusingan 6 Kejuaraan Superbike Dunia di Sirkit Donington Park, United Kingdom, minggu ini.
Tahun lalu, Zulfahmi menamatkan perlumbaan di litar sepanjang 4.023 kilometer (km) di kedudukan ke-20 selepas memulakan saingan dari petak ke-22.
Biarpun tidak meraih sebarang mata, daripada sudut kedudukan mata keseluruhan selepas enam pusingan ketika itu, Zulfahmi sudah pun mengumpul 40 mata untuk berada di kedudukan ke-10 kelas Supersport disertainya.
Namun menjelang Pusingan 6 di Donington Park minggu ini, pelumba berusia 25 tahun itu jelas bergelut untuk memperbaiki pencapaiannya tahun lalu - hanya mengumpul enam mata selepas lima pusingan 2017 - seterusnya meletakkan sasaran yang lebih baik di sini.
"Tahun ini, kami (pasukan) tahu di mana kelemahan saya tahun lalu," kata Zulfahmi. "Jadi saya harap dapat memulakan sesi latihan pertama esok dengan baik.
"Cuaca juga diramalkan baik minggu ini. Saya bersedia untuk memberi 110 peratus dalam setiap sesi di litar ini. Apa yang penting, saya mahu berada dalam kelompok 10 pertama dalam sesi kelayakan nanti.
"Bagi saya, trek ini agak kecil dan sukar untuk memintas, jadi kedudukan di grid perlumbaan adalah sangat-sangat penting." - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Zulfahmi Buru Permulaan Baik Di Donington Park
Sekianlah artikel Zulfahmi Buru Permulaan Baik Di Donington Park kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zulfahmi Buru Permulaan Baik Di Donington Park dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/zulfahmi-buru-permulaan-baik-di.html