10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik - Hallo sahabat
Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis Malaysia Terkini,
Artikel Bola Sepak,
Artikel Khabar Malaysia,
Artikel Malaysia News,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradiklink :
10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik
10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik
Dalam membuat persiapan hari raya sudah pasti ianya akan beri keseronokan dan ingatan buat kita kepada kenangan, juga imbauan sewaktu kita meraikannya dahulu bersama dengan mak ayah di kampung.
Ada sahaja permintaan yang kita minta dari mereka, untuk persiapan hari raya, dan mak atau ayah akan turuti sahaja akan keinginan kita, selagi ianya mampu dibuat, dan tidaklah terlalu keterlaluan untuk mereka tunaikan.
Sememangnya kenangan sebegitu membuatkan persediaan dan sambutan hari raya lebih bermakna, dan memberikan seribu satu kegembiraan tiap kali kita meraikan bersama mereka.
Mungkin ada beberapa persediaan, dan sambutan ini yang kita kenang, juga pernah lakukannya bersama mak dan ayah.
Jom kita lihat akan apa yang kita selalu lakukan bersama.
1. Buat lemang sendiri
Masa nak dekat raya, memang ramai lah yang dah buat tempahan untuk lemang, kalau lambat atau tak buat tempahan memang tak dapat lah, bukan itu saja, nak kena beratur punya lah panjang, semata-mata nak beli lemang.
Jadi, kalu dah macam tu, mak mesti suruh buat lemang sendiri, boleh buat banyak-banyak, lagi pun, mak ada buat rendang, jimat dan boleh makan banyak-banyak.
2. Nak baju raya sedondon, beli awal-awal
Selalunya kalau buat persiapan lewat, memang tak dapatlah nak baju sedondon satu keluarga, sebab itulah mak selalu pesan, kalau nak beli baju raya sama, beli awal-awal, jangan lewat-lewat nanti baju dah tak ada saiz.
3. Telefon adik-beradik
Selalunya bila masuk bulan puasa, atau nak dekat-dekat raya, mak mesti pesan supaya mesej, atau telefon adik-beradik, tanya pasal persiapan raya, atau ada masalah apa-apa ke.
Bukan apa, tidak mahu ikatan terputus, lebih bagus eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Lagi pun, mungkin ada yang tak dapat balik raya sekali, jadi panggilan telefon yang dapat menghubungkan satu sama lain.
4. Tumpang kawan
Waktu belajar dahulu, ada juga kawan yang satu kampung sama tempat belajar, mak akan berulang kali telefon suruh tumpang dengan kawan-kawan nak balik beraya, katanya risau tiket semua habis.
Sampai ke hari ini, rajin jugalah menumpang kawan-kawan, nak pergi kerja, atau keluar.
5. Sedekah barang, jangan buang
Bagi persiapan raya, mak selalu pesan, jangan la buang barang-barang lama, macam pelita, atau lampu kelip-kelip, mahu pun baju yang masih elok dan boleh digunakan, sebab boleh saja bagi jiran atau sedara-mara yang lebih memerlukan.
Bukan apa, membazir saja buang, lagi pun semua elok lagi, masih boleh digunakan.
6. Kuih raya mak
Ini memang salah satu kegemaran waktu kecil-kecil dahulu, sampai sekarang mesti nak mak buat juga kuih raya. Mana tidaknya, kata mak, kuih raya dialah yang paling sedap.
Tapi, benda tu sememangnya betul, tak dapat dinafikan dah. Resepi mak memang tiada tandingannya.
7. Beli banyak, kongsi dengan yang lain
Disebabkan mak ada juga buat kuih raya, dan selalunya adik-beradik yang lain pun mesti ada bawak balik kuih raya, mak mesti akan kata, “Nak simpan banyak-banyak kuih raya dekat rumah buat apa, bawak la sikit ke rumah atok atau mak cik”.
Sudah jadi kebiasaan, untuk buat perkara macam ini, sudah jadi seperti tradisi, untuk memberi kepada yang lain.
8. Bagi tahu nak datang
Sudah menjadi satu kemestian untuk datang beraya rumah semua orang, tidak kira saudara-mara mahu pun sahabat. Cumanya, lebih elok sekiranya sebelum datang, WhatsApp atau mesej dahulu tuan rumah, tidaklah mereka terkejut dan sempat kemas atau siapkan apa yang patut.
9. Jangan lupa mak & ayah
Mungkin ada yang tidak dapat beraya bersama keluarga, atas faktor kerja atau masalah lain, walau apa pun, mak selalu berpesan, jangan lupa kedua-dua orang tua, sama ada ibu ayah sendiri mahu pun mertua.
Biar pun tidak dapat pulang berhari raya, yang penting tanda ingatan tidak lupa.
10. Letter From Mak
Walau pun mak selalu kongsikan bermacam-macam perkara dengan kita, sama ada pesanan atau nasihat, namun mak juga ada menyimpan sesuatu yang akan diberikan pada satu hari nanti, yang mana mungkin tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.
Biar pun ianya mungkin nampak seperti perkara remeh, tapi, apa yang ingin disampaikan oleh mak adalah supaya kita tidak lupa akan mereka yang masih ada.
Ia juga menjadi salah satu pengikat yang mengeratkan lagi hubungan antara adik-beradik, tanpa sedar membuatkan mak gembira dan tersenyum.
Begitulah yang cuba disampaikan oleh video ‘Letter From Mak’ dari Celcom ini, yang mana telah mendapat tempat di hati mereka yang telah menontonnya.
Dalam tak sedar video ‘Letter From Mak’ telah mencapai lebih 1.7 juta tontonan, walaupun baru 4 hari dimuat naik di laman www.MakKata.com.my, video ini bukan sahaja membuktikan kata-kata dari mak tidak ternilai, tapi berikan seribu satu makna.
Bagi setiap jumlah tontonan yang dicapai, pihak Celcom juga akan memberikan sumbangan kepada rumah jagaan atau kebajikan yang terpilih untuk memberikan perayaan Aidil Fitri kali ini lebih bermakna buat mereka.
Mari kita hayati mesej yang cuba disampaikan menerusi video ‘Letter From’ Mak ini.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik
Sekianlah artikel 10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 10 Persiapan & Sambutan Hari Raya Yang Tidak Dapat Dilupakan, Imbau Kenangan Waktu Kecil-Kecil Dahulu Bersama Mak, Ayah & Adik-Beradik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/10-persiapan-sambutan-hari-raya-yang.html
Related Posts :
Pemain TERMAHAL Dunia Mengerjakan Umrah & Ramadhan. Video Ini Buat Ramai TERHARU !!!
Loading...
Bintang bola Machester United, yang juga pemain bola paling mahal di dunia, Paul Pogba telah terbang ke Arab Saudi untuk melaku… Read More...
Bekas Ketua FBI Dakwa Difitnah Pentadbiran Trump
WASHINGTON: James Comey hari ini mendakwa diganggu oleh cubaan Presiden Donald Trump untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat … Read More...
Wajah Mirip Artis, Remaja Sabah Ini Jadi PopularDEK memilik wajah mirip beberapa artis terkenal tanah air dan luar negara, seorang gadis dari Keningau, Sabah sekelip mata menjadi popular d… Read More...
Sebab anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau pipi dan perutnya seperti mengandung di tengah malam…
Nota Ingatan Untuk Para Suami dan Ayah.
Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau pip… Read More...
Omar, Si Rimau Putih Tertua Zoo Singapura Dimatikan
SINGAPURA – Omar, seekor harimau putih tertua di Taman Haiwan Singapura, mati pada Rabu lalu dalam usia 17 tahun, menurut Wildlife Reserv… Read More...