21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017

21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017
link : 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017

Baca juga


21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Hari Raya Puasa tahun 2017 ini.
Barangan Kawalan

Kawalan itu akan berkuat kuasa dari 16 Jun hingga 30 Jun 2017 iaitu selama 14 hari, lapan hari sebelum perayaan, satu hari pada hari raya dan lima hari selepas perayaan.

Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Harga maksimum ditentukan bagi 21 barangan harga terkawal di 91 daerah di Semenanjung; 32 daerah di Sarawak; 27 daerah di Sabah dan sebuah daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit adalah melalui maklumat daripada pemantauan harga sepanjang 2016 hingga Jun 2017 berdasarkan kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh KPDNKK.

KPDNKK juga mendapatkan pandangan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan tersebut.

Berikut senarai 21 barangan tersebut:

1. Ayam hidup.

2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya).

3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

4. Telur ayam gred A.

5. Telur ayam gred B.

6. Telur ayam gred C.

7. Daging lembu tempatan (tidak dikawal di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).

8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja).

9. Daging kerbau import (India) (tidak dikawal di Sarawak).

10. Cili merah.

11. Tomato.

12. Kubis bulat import (Indonesia dan China kecuali kubis Beijing).

13. Kelapa biji (dikawal peringkat borong sahaja).

14. Kelapa parut (dikawal peringkat runcit sahaja).

15. Bawang merah kecil (India).

16. Bawang putih (China).

17. Bawang besar import.

18. Ubi kentang import (China).

19. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram).

20. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram).

21. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja).

Denda Berat

Pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengelak aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan.

KPDNKK akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ialah denda sehingga RM100,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun maksimum RM50,000 bagi individu.

Syarikat yang gagal mematuhi harga ditetapkan pula akan didenda RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000, katanya.

Bagi peniaga yang gagal meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu pula bakal berdepan denda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu dan denda maksimum RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000 bagi syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Minyak Naik, Rakyat Sakit ‘Tuh Di Sini’

sumber: sinarharian

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017

Sekianlah artikel 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 21 Barangan Harga Kawalan Sempena Ramadhan 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/21-barangan-harga-kawalan-sempena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :