23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia
link : 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Baca juga


23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Pernahkah anda terfikir bagaimana Muslim di luar negara menyambut Hari Raya Aidilfitri? Agak-agak lebih kurang sama macam kita atau bagaimana? Berikut kami kongsi beberapa foto menarik sambutan Hari Raya Aidilfitri di serata dunia.



 1. Indonesia

Sumber: Al Jazeera

Kaum wanita sedang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Pantai Parangkusumo, Yogyakarta. Cantik belon Boboiboy dengan itik adik-adik tu!

Sumber: Baca Data

Tradisi aneh yang dinamakan Grebeg Syawal disambut di beberapa daerah Jawa Tengah. Gunung Lanang yang terdiri daripada sayuran, buah-buahan dan hasil bumi dijunjung dan dibawa ke dibawa ke Mesjid Gede Keraton Nyayogyakarta untuk didoakan.

Sumber: Baca Data

Penduduk Desa Morella dan Desa Mamala, Kecamatan Leihitu, Maluku Tengah akan berkumpul di halaman Masjid Besar pada hari ketujuh lebaran untuk menyaksikan tradisi Pukul Sapu; kumpulan lelaki dari setiap desa akan saling memukul lidi enau ke badan lawan.

2. Gaza, Palestin



Sumber: Al Jazeera

Kanak-kanak Palestin gembira dapat menaiki roda Ferris menyambut hari pertama Syawal di timur bandar Gaza. Sesuatu yang jarang-jarang kita lihat di sebuah negara yang sentiasa diasak dengan konflik perang.

Sumber: Huffington Post

Anak-anak Palestin mengangkat kadbod bertulis ‘Eid Mubarak to Gaza’ dalam satu demonstrasi solidariti atas kematian kanak-kanak kecil dalam serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

3. China

Sumber: Al Jazeera

Tenang lihat suasana Muslim di China menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di wilayah Datong. Bunga-bunga kuning memeriahkan suasana.

Sumber: WordPress

Umat Islam di China khusyuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di wilayah Zhaoyang, China.



Sumber: The Trent

Wanita China kelihatan jelita bertudung hitam corak emas sedang menunggu di luar Masjid Nujie di Beijing selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri.

4. Manila, Filipina

Sumber: ABC

Kanak-kanak gembira bermain lompat guni sempena sambutan Aidilfitri di bandar Taguig, selatan Manila. Berbeza sungguh dengan kanak-kanak di negara kita yang bermain bunga api pada waktu malam atau melawat dari rumah ke rumah kumpul duit raya.

Sumber: Dawn

Sungguhpun hujan, gadis-gadis masih bergaya semasa mereka berkumpul di Rizal Park untuk sambutan Aidilfitri di Manila.

5. Kosovo

Sumber: Al Jabak Photo Sumber: ABC

Comelnya! Tiga kanak-kanak Kosovo memakai pakaian tradisional rakyat Kosovo pada hari pertama Syawal di Masjid Sultan Mehmet Fatih di Pristina. Dah macam boria pula dik! 😉

6. Pakistan

Sumber: Daily Mail

Warni-warni permandangan para muslimah sedang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Badashashi, Lahore. Selain menjamu selera tetamu dan menghiasi rumah masing-masing, mereka juga saling bertukar-tukar hadiah di sana.

Sumber: Gulf News

Penjual belon berkumpul di hadapan sebuah masjid dekat Karachi, Pakistan. Waa kalau budak-budak tengok ni mesti suka!

7. Nigeria

Sumber: BBC News

Dua kanak-kanak perempuan kelihatan bergaya dengan cermin mata hitam berbingkai merah di padang solat Obalende, Lagos. Bila lagi nak bergaya, setahun sekali saja tau!

Sumber: Daily Mail Nigeria Sumber: Daily Mail Nigeria

Aidilfitri di Bauchi, Nigeria disambut meriah dengan tiupan trumpet serta kanak-kanak yang menaiki kuda berhias.

8. Turin, Itali

Sumber: Irish Times Sumber: Sify

Jom selfie dulu! Tiga wanita bergambar selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri di Turin, Itali. Aktiviti wajib bagi setiap wanita ni tau!

9. Canada 

Sumber: Missisauga

The Muslim Association of Canada telah mengadakan pertemuan Aidilfitri tahunan dan karnival buat lebih dari 6,000 penduduk Missisauga. Untunglah ada fun fair masa raya-raya ni! 

Sumber: The News Tribe

Tak dilupakan juga sambutan Aidilfitri para Muslim bersama Perdana Menteri Canada, Justin Trudeau. Ehem kacaknya!

10. Mogadishu, Somalia

Sumber: ibitimes

Wanita malu-malu semasa berpadanan menari dengan seorang lelaki mengikut rentak lagu tradisional mereka semasa menyambut lebaran di utara bandar Mogadishu, Somalia.

Sumber: IBT

Kanak-kanak gembira bermain selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Mogadishu.

Ada pengalaman beraya di negara luar? Kongsikan bersama kami! 

Baca: 5 Hotel Muslim-Friendly di Maldives Ini Akan Buat Anda Mahu Melancong Ke Sana

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia

Sekianlah artikel 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 23 Gambar Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seluruh Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/23-gambar-kemeriahan-sambutan-hari-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :