3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri
link : 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

Baca juga


3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

MIRI: Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan tiga tertuduh atas dakwaan subahat dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun 2016.

Kesemua yang dibebaskan adalah Lie Chang Loon, 38; Chin Wui Ching, 51; dan ahli perniagaan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 46.

Mereka dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri Fauzi mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Sekysen 302 kanun yang sama.

Keputusan dibuat hakim Ravinthran N. Paramaguru selepas mendapati tiada satu pun daripada keterangan pihak pendakwaan yang mengaitkan penglibatan ketiga-tiga tertuduh.

Chang Loon yang merupakan pemilik pub, Wui Ching pembantu peribadi Chang Loon, dan ahli perniagaan berumur itu dilihat tenang semasa hakim menyampaikan keputusan.

Sementara itu, Fitri, 30, seorang bouncer pusat hiburan diperintah membela diri selepas keterangan pendakwaan mencukupi untuk membuktikan pembabitannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 14 hingga 16 Jun untuk prosiding bela diri.

Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat dekat E-Mart Supermarket di Jalan Pintas Tudan, Miri-Kuala Baram pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri

Sekianlah artikel 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 bebas tuduhan subahat bunuh Setiausaha PKR Miri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/3-bebas-tuduhan-subahat-bunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :